hari ni hari isnin.hari
DISASTER bagi sesetengah makhluk bergelar pekerja.bagi saya isnin ke selasa ke rabu ke hatta jumaat sekalipun adalah biasa sahaja.kerana semuanya akan bergantung kepada jadual kuliah.jika hari isnin tiada kuliah, maka tidak perlu saya istilahkannya sebagai
DISASTER day in my life.kah kah kah.teringat semester januari lepas, jadual saya adalah free isnin & jumaat.maka, hari2 bekerja adalah heaven saja.itulah kebahagiaan dalam
perpisahan pekerjaan.
baru sahaja selesai membuat kertas kerja dan segala macam
surat memo lampiran peta senarai nama jadual sepanjang kursus senarai peralatan senarai menu pesanan kerajaan LO dan berbagai2 lagi benda bersempena dengan kursus P&P SMK(sijil modular kebangsaan)lukisan persembahan..kursus akan diadakan selama 2 minggu di kksb, maka ini barulah boleh diketegorikan minggu/hari
DISASTER sebab..sebab..kamilah urusetia ajk dan segala macam jawatan tak dipinta jatuh ke riba cewah.sudahlah kawan saya nak berumah tangga pada hujung minggu kejadian kursus ini, saya akan buat selamba dek dek je pulang ke pahang.xkira.saya dah tetapkan iman.cewah
baru juga selesai membuat SKT..eceh..sumbangan biar konon2 banyak walaupun kadang-kadang sambil buat sambil mengomel(mengomel dalam hati)..tapi penuhla jugak kan saya menaip segala macam kerja kerjaan yang dilaksanakan.apa lagi.nanti cepat naik pangkat lalu pindah ha ha ha ha
hehe..percayalah..hanya orang tidak bersyukur saja yang ketegorikan hari-harinya adalah
DISASTER..se
DISASTER mana pun hari anda, bekerjalah dengan ikhlas.pesanan untuk diri sendiri juga..:)
*hari-hari mencari chocolate imdulgnce tak dapat dapat adalah
DISASTER.sob T___T