BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

we are in love..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

truly in love?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label zaman kerja. Show all posts
Showing posts with label zaman kerja. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

gaji bernaik berganda dua

alhamdulillah..ini rezeki anak sedare namanya..hari ni menerima berita gembira.kecurigaan mengenai gajiku telah terungkai.tak berharap sangat ia naik sebegitu, tapi kalau dah KPT bermurah hati, saya menerima dengan hati berbunga-bunga..:)
maka bolehla menyimpan sedikit untuk persiapan kawin nanti..hehe..sangat saiko sebab ramai kawan-kawan tanya dah kumpul duit ke?sedangkan saya takde berhajat nak kumpul pun..ingat nak guna duit hantaran 100K  tu tipu..

ohh..saya dah dpt anak sedare yang 1st..sgt gembira & menjadi saiko untuk menjadi emak buat beberapa ketika..bila tengok baby menangis, saya nak menangis sekali..kesian..dan personally rasa belum bersedia lagi..walaupun...

gaya dah ada
khaila faqiha
sayang die..hehe..

Monday, September 12, 2011

bisnes kuih raya

mula berjinak2 dengan bisnes kuih raya ramadhan baru-baru ni..mula-mula macam xnak je, tapi atas dorongan sorang kawan sekolej, maka saya menggagahkan diri menjual kuih raya..bekalan diambil dari pembekal kat sabak bernam dan dijual di sekolah kakak n sekolah abang ipar saya.nak jual kat tnb, tapi tau2 si tunang pulak xjual, agaknye dia makan lah kot sampel tu..mula-mula saya sediakan sampel (ade 15 jenis tau kuih raya).tapi sayangnya kuantiti sikit je sampel tu, jadi tak semua dapat rasa..antara kuih yang ada:

dua benua
mimi lolo

marble(choc gile tebal)
gajus

tart gulung

almond london

donut oren
nestum

aiskrim strawberi

aiskrim biasa

semua kuih yang sya jual murah2 je.kira susah la kalau area kL nak dapat harga camtu.rasa kuih ni sedap & tak menghampakan la..sebab saya dah rasa n pilih dulu b4 bagi sampel..ini baru permulaan..insyaAllah kalau ade rezeki taun depan, nak luaskan pasaran n kalau rajin nak buat khidmat pos jugak..cewahh..and nak jual kerepek sekali..berangan xhengat..bisnes keronsang n tudung masih berlegar di otak fikiran..

Wednesday, July 6, 2011

Kursus Induksi Kumpulan 1 bil7/2011

holaah..hari ni berniat untuk update kisah Kursus Induksi yang saya hadiri 20/6/11-->30/6/2011. kursus yang menyebabkan saya ber'puasa' dari menatap internet kerana bayaran wireless di hotel sangat mencekik golongan miskin kurang berkemampuan mcm saya..

kursus diadakan di Hotel Selesa, JB.berkenalan dengan rakan2 baru seramai 38 orang(total peserta 39 orang termasuk saya).berbestfren dengan roomate saya, Dya dr KK Rompin n kenalan,Ila dr KK K.Terengganu..semua rakan2 adalah sporting, mesra n best, dengan penghulu yang sangat cool n urusetia yang sangat sekepala..:)..


rutin harian dipenuhi dengan ceramah dan makan dan ceramah dan makan..sehingga tulang belakang hampir bengkok kerana terlalu lama duduk..lokasi saya pulak sangat strategik menjadikan saya sentiasa menjadi 'subjek' untuk cerita2 para penceramah..T__T..bagus jugak, sebab saya memang terpaksa untuk tidak mengantuk..ngeh3..

saya bawa stok pakaian rasmi (baju kurung, blaus, skirt) untuk 10 hari, maka tiada istilah guna semula.tapi baju untuk riadah cuma 2 pasang je.maka sempat la guna semula sekejap sebab ada riadah kami hanya diwajibkan dalam bilik saja*faham2 sendiri..perkhidmatan dobi memang ada, tapi saya xpasti boleh claim atau tak.jadi lebih baik bawak cukup2 pakaiannya..makanan hotel adalah mengenyangkan (bersyukur je walapupun hampir xlalu tengok makanan hotel)..ada swimming pool di antara cafe kami dan bilik seminar.jadi..lepas habis ceramah, terus lompat dalam swimming pool dengan berbaju kurung yang sesuai..:)

masa sesi LDK, kami kena buat macam2 kelakuan kekanak2kan.menari, menari ciken dance, poco2 & berlakon..eceh..berlakon memang macam real..lakonan adat merisik, meminang & pernikahan..memang happening!

pelakon menonton tambahan

mula majlis

pelamin anganku musnah xmusnah dah

bunga manggar

geng kompang pakai pinggan kaca
keluarga pompuan

semua peserta + penceramah
hari terakhir 30/6 adalah hari exam Induksi.malam tu saya dan roomate saya (termasukla rakan2 pompuan yang lain) sakan menstudykan diri..wallah..rasa macam nak SPM semula je.kerana telah ditakut2kan oleh penceramah & urusetia, maka kami berhempas pulas menghafal apa yang mampu..biasanya soalan adalah 'lebih kurang sama' dengan soalan2 Induksi yang lepas..kira ada hint sket la untuk kami..
pukul 9.00am, mula menjawab soalan objektif..ARGHHH..GILA SUSAH!!soalan 1 pun saya xdapat jawab..saiko..ade 10 soalan mmg tahap hentam keromo..aiyoo..

10.00am start subjektif..YEEEHA...soalan yang baru discuss ng kawan2!!..ALHAMDULILLAH..saya menjawab dengan penuh sopan santun dan tulisan yang JELAS dan TERANG(pesanan urusetia)..antara soalan yang keluar & yang saya ingat:-
1. cuti haji
2.gaji perkhidmatan pertama & elaun bertugas rasmi
3.persiapan mesyuarat
4.cabaran wawasan 2020
5.fail meja & manual prosedur kerja
erm..yang lain-lain xberapa nak ingat..harap2 saya lulus induksi..maka cepat2 dapat mengsahkan jawatan..:)

gambar skema(klik gambar untuk zoom in):

muka pendidik2 anak bangsa

disebalik tabir (klik gambar untuk zoom in):-

muka..erk..

Monday, May 16, 2011

selamat hari pensyarah

tadi baru je baca paper..tung tang tung tang..semua pasal nak naikkan elaun guru, anugerah tokoh guru, dan sebagai2nya..almaklum la, semalam adalah hari guru.ada la few students yang wish, miss ida, epi ari guru..ngeh2..tq too all..kadang2 terasa jeles kepada para guru sebab diaorang ada hari guru..saya sebagai pensyarah yang xde la mcm pensyarah sgt(dari segi nama saja yang serupa), nak jugak HARI PENSYARAH..

perbualan telefon saya dengan adik saya Yik yang baru darjah 3 tu..

saya  :  wat r u doin yik????????
yik    :  ngah bungkus hadiah hari guru
saya  :  wow..yik, nak gak adiah hari guru..
yik    :  k.kintan bukan guru.hadiah tu untuk cikgu je
saya  :  ishh..xtau ke, pensyarah pun sama dengan guru, kerja mendidik bla2..(mengexplain bagai nak rak)
yik    :  hadiah hari guru untuk cikgu yang ajar sekolah rendah ngan menengah je..k.kintan xde Hari Pensyarah ke???
saya  :  .............T__T

dengan mode yang redha..saya mengambil kesempatan untuk wish selamat hari guru kepada semua pendidik di serata dunia ni terutama guru Tadika KEMAS muadzam shah, SKBR, SKEMS, PLKN Semarak Pekan, KMJ, UKM, SKBSB n KKSB..semoga kalian (dan termasuk saya) terus komited mendidik anak bangsa..majulah profesion pendidikan untuk semua..

Wednesday, March 16, 2011

autocadd 2010/2011 trainer workshop

fail....................
soalan teori yang memncabar, mengelirukan malah mentidak memfahaminye..

fail......................
4x balik dari tempat kursus di Cyberjaya ke Bangi, semuanya sesat entah kemana....

kenapa??............

mungkin.......
  • saya sudah lama gile babi tidak mempraktikkan autocad dalam hidup saya.ya.sudah setahun mengajar lukisan manual tanpa menghiraukan sofware autocad version lama yang ada dalam laptop.malah mungkin xsedar wujud atau tidak sofware itu
  • saya memang benci kurang suka sofware ini.kerana dulu.autocad sering menaikkan darah saya.terutama di kala hari submission semakin dekat.alergic mungkin?setiap kali plot pasti ada kesilapan.dan dibetulkan.dan silap lagi.bla(ulang sehingga bosan)
  • tidak pernah belajar & menggunakan sofware ini untuk membuat 3D.sebenarnya saya xingat saya pernah belajar atau tak, kerana saya selalu ponteng tidak dapat hadir kelas Cadd..lebih familiar menggunakan sofware Sketchup untuk buat 3D, lebih laju & menggembirakan.
  • sedangkan version lama pun masih tidak pro, apatah lagi latest version.saya macam kura2 masuk kampung saja(betul ke pepatah ini?) 
  • sesat??sense of direction saya kan memang fail..tiada alasan lagi.lihat sini

sebenarnya.......

kau banyak alasan pareed.............
sile blah sekarang.......

tapi dapat sijil yeeha

Thursday, March 3, 2011

sense of direction

fail..fail..fail..sense of direction saya memang tahap tidak cemerlang lansung..camne ni...isnin-khamis ni ade kursus kat cyberjaya.tapi xtau jalan.kah2..padahal kalau ikutkan ukm-cyberjaya xde la jauh macam sabak-kL..adoi..tapi saya xbiasa sementelahan mase study dulu xdenye saya nak drive.bawak moto pun xreti.yang tau hanya membonceng je...membonceng siapa??ha..itu rahsia..dulu-dulu kalau ade nak g jalan mana2 ramai2, opcoz dduk seat blkg je, naik le ngan sahpinas la, imanto la, jiji or sape2 yang berkereta.bermotor tu xpyh ckp la, dah puas merempit dgn sipikah dan dot dot dot..

nampaknya saya terpaksa memohon khidmat bantuan sama ada dari

1)KAKAK tersyg yang ngah mengandung
masa ni belum mengandung lagi

 2)ABANG IPAR yang keje main game je

aksi meniru beann...

3)ABANG SAYANG(eiiyarkk,geli sebut abg syg,gewwdixx)

hensem kan abg syg saye

4)GPS(abg syg dah jadikan harta permanent dia, kena caj ni)

berharap ada la salah seorang dari mereka sudi membantu saya..T__T

SELINGAN:doakan kebahagiaan saya dan dia.eceh

Wednesday, February 23, 2011

surat dari SPP aka suruhanjaya perkhidmatan pelajaran

semalam,21/2/2011 sudah dapat surat cinta dari SPP.gumbira.sudah ditawarkan perlantikan tetap.maksudnya lulus la interview hari tu.syukur, alhamdulillah..

memang benar
disebalik kesedihan tentang itu
ada sesuatu yang lebih menggembirakan
di sebalik kekecewaan tentang itu
ada sesuatu yang lebih berbaloi untuk ditebuskan

ternyata memang benar
disebalik setiap kesusahan
pasti ada kesenangan
itu janji Dia

بِِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

 أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَك
Bukankah Kami telah melapangkan dadamu untukmu?
 
 وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ 
Dan mengangkat bebanmu dari dada mu,
 الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
Yang telah memberatkan punggungmu?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan meninggikan untukmu sebutan kamu?
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ 
Maka jika engkau sudah bebas, tetaplah tabah bekerja keras!
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
Dan jadikanlah Tuhanmu sebagai tujuan [kerinduan] engkau semata!


~akan ku kutip harapan yang bertaburan di lantai KKSB hari itu~

Wednesday, January 19, 2011

temuduga PPPT DH41 19/01/2011

Alhamdulillah..hari ni selesai sudah interview tok jwtan tetap PPPT, setelah 10 bulan mengajar kat KK Sabak Bernam..dengan kehebatan driver KKSB, saya berjaya sampai tepat pada masanya di SPP..sampai terus check fail2 semua, ok, lengkap..dapat giliran..erk..no 2???erk...masa tu kecuakan mula terasa tapi masih bleh dikawal lagi la.heh.org 1st dah masuk.ade 2 bilik temuduga, dengan calon yang hampir 20 org.kot..hehe

untuk tips??erm..ntah..saya baca je semua yang kawan2 cakap kena baca..antaranya PSPTN, falsafah pendidikan, visi n misi KPT and semua info pasal KK..baca2..tapi nak tau apa soalannya??

-introduce yourself
-differenciate sains senibina vs senibina
-transformasi KK
-kurikulum modular system
-sambutan PSH
-penyertaan org India d IPT
-3 prinsip 1 Malaysia (yang ni saya xtau jwpnnye)

timbulnya soalan tentang 1 Malaysia tu, sebab saya pakai tag 1 Malaysia..huhu..mampuih den xhengat hape dah..kuang2

secara overall, boleh dikatakan kebanyakan soalan adalah berdasarkan pengalaman n pendapat.tapi agak saiko kerana soalan last tu saya xdapat jawab.nak gebang xlogik plak, maka saya pun kata 'maaf dato, saya xpasti'...T__T

sekarang sedikit lega dan hanya berdoa dan tawakal je semoga keputusannya adalah positif..

Tuesday, January 11, 2011

berita gembira di tahun baru..

erk..erk..erm....eh, dah 12 Januari 2011.rasanya belum terlewat nak ucap selamat tahun baru kepada semua.diharap tahun baru ni menjadi lebih baik dari tahun yang sebelum2nya..azam tahun baru saya:

1. bla2....
2. bla2..........
3. bla2..................

rasa dah bukan umur saya untuk bercerita mengenai azam tahun baru.lagipun topik tu adalah bosan.saya selalu berazam bila dapat tugasan baru ke, semester baru ke, jawatan baru ke.untuk tahun baru, mmm..lain tahun la fikir..

berita yang dah lama saya tunggu2 dah tiba.eceh.19/01 ni ada interview jawatan tetap.fuh.fuh.sekarang tengah pening kepala fikir nak tulis apa dalam form, bila nak jumpa bos, nak buat surat, laporan prestasi n study..pergh..itu yg paling penting.visi, misi,falsampah dan segala macam lagi dia akan tanya.isu transformasi kolej komuniti opkos de nak tanya gak..arghhhh..tensen sket.sket je la sebab tu ada masa update blog la fb la..

nervous???itu dah pasti tapi blom sampai lagi la kenervousan tu.rasanya skrg tahap nervous saya dah kurang.xde la nervous gila gaban macam zaman belajar arkitektur di UKM dulu.masa zaman tersebut, nervous + tension sampai tahap muntah di pagi hari masa mandi pagi, tambahan lagi kalau pagi tu ade presentation..huhu..dah la xtido beberapa hari, makan minum tunggang langgang.lagi la menyumbang kepada ketensenan itu.malah menyumbang kepada pengurangan berat badan yang boleh dibanggakan..haha.memorable betul la saat tu.sekarang dah rindu nak stay up, buat design tanpa hirau makan minum, kena kutuk, saiko2....huhu

muka penuh ketensionan



bila trip xpenah ketensenan
tapi hakikatnya.........kalau bukan sebab semua tu, xkan la saya ada kat sini mengajar senibina kan.hehe.bak kata pujangga, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..Alhamdulillah, syukur pada Allah.....

jadi kepada rakan2 yang masih di ukm. moga ketemu kita pada 18hb n 19hb nanti ye.sebab cadangnya saya nak lodging di UKM sebelum pergi interview kat Putrajaya tu.hehe

Thursday, December 16, 2010

sijil modular kebangsaan

erm...what should i called it..erm..sijil modular aka SMK..satu transformasi untuk pengukuhan kolej komuniti..personally, ak xbrape ok dengan kursus yang bakal dilaksanakan ni..tapi ade pro n kon..

skrg tiada mud untuk bercerita lagi berkenaan sijil tersebut..cuma nak cakap ak sgt PENAT dan SERABUT KEPALA HOTAK dengan kursus persediaan P&P ni..arghhhhhhhh...terasa macam semua kerja ak buat..semakin lama semakin xefektif, semakin masam muka maka semakin berkedut lalu semakin nmpak tua..oh no....penamatnya yang xsuka tu,NAMPAK TUA..kalo tua je xpe sbb mestilah kita jadi tua kan..ni x...nampak tua walaupun kau masih muda remaja..tidakkkk.......

Monday, November 29, 2010

sambungan DISASTER day: hari menanda kertas exam

30/11/2010..erm..should i describe it as DISASTER day in my life..aiyoo..xhabis2 ng disaster ko tu ek..skrg musim menjawab exam bg student2 Kolej Komuniti Sabak Bernam.musti dorang ponen kepala nak menjawabnye..juga bermakna musim menanda kertas exam bg pensyarah2..musti berganda2 kepeningannya.baru saje selesai menanda 6/27 paper..semalam 3 paper and hari ni sambung lagi 3 paper..lembab kan?kenape lembab??kalau saya cepat2, rasanya semua student bakal dapat 0 markah bahana kemarahan saya bile tengok paper diorang..nak tau macam mane proses penandaan kertas??:

1. mulakan dengan bismillah & senyuman lebar ye
2. letakkan kertas jawapan & skema jawapan di atas meja
memerlukan meja seluas saujana mata memandang

3. eh, ketepikan skema jawapan kerana skemanya ada dalam kepala otak.xperlu berbuat2 skema. gantikannya dengan pen merah sahaja. tidak dilupakan borang markah(JMK)

gunakan ballpen, jangan guna ARTLINE MERAH 0.2
4. cube tengok jawapan student dengan berhati2 dan dengan senyuman


gaya rupa dah ada tp kenape susunan pelik??

5. Cuba beristighfar & senyum, sambil me'rait'. lalu menulis markah pada borang JMK sebentar tadi

isi mengikut pecahannya ye
6. sebelum tu kena bagi markah pada bahagian tepi kertas jawapan student. dah ada space untuk markah ok??

erk.ini perkara mudah kan
7. selesai proses menanda.
8. hasil dapatan markah adalah 2 sama ada saya tersenyum riang gumbira
kertas putih bersih berseri

atau masam mencuka
conteng, conteng lagi

inilah akibatnya:
akibat keTENSENan
sekian.

Sunday, November 21, 2010

hari DISASTER?

hari ni hari isnin.hari DISASTER bagi sesetengah makhluk bergelar pekerja.bagi saya isnin ke selasa ke rabu ke hatta jumaat sekalipun adalah biasa sahaja.kerana semuanya akan bergantung kepada jadual kuliah.jika hari isnin tiada kuliah, maka tidak perlu saya istilahkannya sebagai DISASTER day in my life.kah kah kah.teringat semester januari lepas, jadual saya adalah free isnin & jumaat.maka, hari2 bekerja adalah heaven saja.itulah kebahagiaan dalam perpisahan pekerjaan.

baru sahaja selesai membuat kertas kerja dan segala macam surat memo lampiran peta senarai nama jadual sepanjang kursus senarai peralatan senarai menu pesanan kerajaan LO dan berbagai2 lagi benda bersempena dengan kursus P&P SMK(sijil modular kebangsaan)lukisan persembahan..kursus akan diadakan selama 2 minggu di kksb, maka ini barulah boleh diketegorikan minggu/hari DISASTER sebab..sebab..kamilah urusetia ajk dan segala macam jawatan tak dipinta jatuh ke riba cewah.sudahlah kawan saya nak berumah tangga pada hujung minggu kejadian kursus ini, saya akan buat selamba dek dek je pulang ke pahang.xkira.saya dah tetapkan iman.cewah

baru juga selesai membuat SKT..eceh..sumbangan biar konon2 banyak walaupun kadang-kadang sambil buat sambil mengomel(mengomel dalam hati)..tapi penuhla jugak kan saya menaip segala macam kerja kerjaan yang dilaksanakan.apa lagi.nanti cepat naik pangkat lalu pindah ha ha ha ha

hehe..percayalah..hanya orang tidak bersyukur saja yang ketegorikan hari-harinya adalah DISASTER..seDISASTER mana pun hari anda, bekerjalah dengan ikhlas.pesanan untuk diri sendiri juga..:)

*hari-hari mencari chocolate imdulgnce tak dapat dapat adalah DISASTER.sob T___T

Tuesday, October 26, 2010

kaler lanskap

wow.dah lame xupdate psl kerja.asik2 bab lawatan je..skrang tengah kelas, tapi rilek2 slambe dek2 je mengupdate blog..hihi..kenape..kerana s2dent kelas semester 2 ni hanya 4 orang.baik2 pula tu..ok..sebenarnya terpaksa ganti kelas en paed, seminggu woo dia mnyeksa diriku..ceh..pastu bes2 je ye g endau rompin..aish..jeles..dah le dekat ngan rumah sye..huwaaa....

mereka tengah menkaler lanskap..cantik juga.buat saya rasa gatal nak mewarna pula.hihi.takpe.ingat nanti nak beli buku mewarna lah.ben10.heh.tapi kalau buku sailormoon lagi saya suka kaler.

ok lah.saya nak mengedit dan memformat soalan exam pula sambil menonton pelajar menkaler lanskap.

Monday, September 27, 2010

menuju alam perkahwinan

tahniah saya ucapkan kepada sahabat saya sejak zaman tadika, bersama2 menjadi pom2 gurl, puan Syazwani Safrra yang menamatkan zaman singlenya, 25/9 baru2 ini..

saya bergerak ke sana pagi2 lagi, bersama rakan2 SMKAP, Cik Illie, Cik Hasfa dan Cik Paie serta pemandu yang diimport khas dari bangladesh Batu Caves, Incik Ikhwan dengan menaiki WUC ku..hoho..

perjalanan yang penat kerana tidak boleh tidur, rakan2 yang bertiga tu keje asik kroih3 je,adoiyai..kalau saya pom kroih2, abis la pemandu pom kroih2..maka saya pun bertahan sahaja.demi keselamatan kami.hehe.

perjalanan WUC sudah menjangkau 6000km:
Rawang-Batu Caves-kL (The Mall,KLIUC)-kuantan-pekan-muadzam-kL(UKM,UM)-Batu Caves-Rawang-Batu Caves

ready duit, kereta kau dah nak diservis..

saya doakan semoga Saffra berbahagia sehingga akhir hayat.

reunion1
sapp yang mantop

Tuesday, August 24, 2010

gaji dah masuk tapi tak gembira

alhamdulillah...
sedar tak sedar dah 5 bulan saya bekerja di kolej komuniti ini.dah terima gaji ke 5 juga..hari ini..he he
orang dapat gaji hepi2, huha2, berangan nak shopping sana, shopping sini..tapi saya??...ok..tipulah sangat kalau cakap takde berangan..ade..ade...tapi itu nafsu semata-mata..tak perlu pun tak apa..

kembali kepada persoalan, kenapa saya tak gembira..

tadi buat kira2..hum..hum...banyaknya hutang perlu di bayar..oh no..setelah dikira dalam buku lajur saya..balance hanyalah +-rm600..untuk seantero bulan ni..oh no..hoho..bertahan..bertahan..saya memang mampu bertahan tapi kan kita nak raya, mampukah saya??alamak..nanti mesti nak jalan-jalan sakan pe sume,balik kampung..camne ni..harap2 balance tu cukupla untuk saya sampai next gaji..

gaji bulan 9 nanti, InsyaAllah, cukup...

jadi, mulai bulan depan, saya akan kumpul kembali wang dalam akaun ASB saya supaya mencapai targetnya.ok.barulah boleh buat pelbagai perancangan.untuk masa sekarang, saya berpegang pada prinsip yang selalu kita dengar iaitu....

no money, no talk

kesimpulannya, kalau anda tak ada duit simpan, jangan mengada2 nak berangan itu dan ini.haha.apa yang saya angankan??oh oh..biarlah rahsia.haha.

oklah bye.saya nak pigi check drawing s2dent ni.hehe

Tuesday, August 10, 2010

ekspedisi jelajah 1 malaysia

pertandingan melukis poster
ramai-ramai-ramai
mewarna kanak-kanak
majlis perasmian