BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

we are in love..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

truly in love?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, September 27, 2010

menuju alam perkahwinan

tahniah saya ucapkan kepada sahabat saya sejak zaman tadika, bersama2 menjadi pom2 gurl, puan Syazwani Safrra yang menamatkan zaman singlenya, 25/9 baru2 ini..

saya bergerak ke sana pagi2 lagi, bersama rakan2 SMKAP, Cik Illie, Cik Hasfa dan Cik Paie serta pemandu yang diimport khas dari bangladesh Batu Caves, Incik Ikhwan dengan menaiki WUC ku..hoho..

perjalanan yang penat kerana tidak boleh tidur, rakan2 yang bertiga tu keje asik kroih3 je,adoiyai..kalau saya pom kroih2, abis la pemandu pom kroih2..maka saya pun bertahan sahaja.demi keselamatan kami.hehe.

perjalanan WUC sudah menjangkau 6000km:
Rawang-Batu Caves-kL (The Mall,KLIUC)-kuantan-pekan-muadzam-kL(UKM,UM)-Batu Caves-Rawang-Batu Caves

ready duit, kereta kau dah nak diservis..

saya doakan semoga Saffra berbahagia sehingga akhir hayat.

reunion1
sapp yang mantop

Tuesday, September 21, 2010

pareed menangis?


ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya


ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
akulah hati yang telah kau sakiti

~lagu ini tiada kaitan dengan penulis blog, yang berkaitan hanya perkataan berwarna *~

sedih betul semalam bile kena marah..sampai menangis kau punyalah sensitif gila, padahal memang salah kau pun kan..kan..admit it lah cik pareed oii..

Tuesday, September 14, 2010

raya mengingatkan saya kepada dia

first entry for this month..of coz la cte sal raya kan..hari ni dah raya ke 6..mula tengahari nanti nak beraya di rumah rakan-rakan sekitar muazam ni..stok baju raya dah xde jadi mungkin akan ulang pakai atau pakai saja baju tahun lepas.hehe

raya..raya..raya..seronok ke raya korang kawan2??mesti masih lagi best gitu..bagi saya, honestly, raya saya xde la seronok sangat pom.biasa2 macam hari biasa2 je.mungkin seronok kerana dapat cuti + makan macam2+bersama family.itu sahaja.the rest..erm..sangat biasa.betullah orang cakap, raya ni untuk budak-budak je.

rutin biasa setiap kali raya menjelma..malam tu of coz la kena tolong mak saya masak (saya seorang yang sangat tidak minat memasak).

syawal 1:pagi2 pegi semayang raya, balik makan, salam ngan family yg berterabur.xde beratur2 kepoyo2an macam dalam tv tu..biasa abah takde 1st raya sebab de sorang je balik kg.kami2 ni raya ke 2 baru blik kg.then, tgk tv..kalau jiran2 ada, g la beraya.biasanya 2 rumah wajib la g beraya .then balik.tgk tv lagi."makan.tgk tv.makan.tgk tv.makan"(ulang frasa " tersebut sehingga muntah ok).

syawal 2:pagi2 gerak blik kg(batu 6,panching,kuantan), g melawat kubur arwah abang saya..dulu2 raya saya memang best lagi2 masa arwah ada, sebab saya memang 24 hr ikut bontot dia, sampai penah kena marah ngan abah sebab naik moto merayau ngan dia(masa tu nak blik terengganu, tapi kami telah menghilangkan diri beraya).hehe.masa tu kecik2 lagi.n saya masa tu masih anak bongsu.hehe.jadi pembonceng setia.kalau bleh, p toilet pom saya nak follow gak..saya rasa sejak abg saya dah pergi, memang raya saya dah x seseronok dulu.kadang2 saya sedih lagi2 bila pergi melawat kubur arwah.selalu cover2 nak nangis sebab kalau saya nangis takut mak saya pun join saya sekali..dah 9 tahun arwah abang takde tapi saya tetap igt kenangan masa arwah ada..semoga abang saya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..amin..
 ~al-fatihah~

faizal-fazila-farida

selepas balik dari kubur, baru balik rumah nenek, makan2, mintak maaf ngan abah sume..then baru lah g umah sedara mara.1st,umah makcik saya wajib makan lemang, then umah2 lain(itu ikut mood mak saya nak g ke tak)..saya follow mak saya je.xde lah baik sangat even dgn cousin2 pun sbb masing2 dah besar.dulu masa kecik2 je main sama2.sekarang dah duduk muazam, balik pun jarang.diorang pun dah beranak pinak.family kami je yg masih berkeluarga asas.cume tambah abang ipar sorang je.dah habis beraya, balik muazam.

syawal 3:makan.tgk tv.makan.tgk tv.online.beraya rumah rakan-rakan muazam.layan kawan2 yang datang.borak sakan sampai malam.hehe.sementara masih belum berumah & tangga, bolehla melepak dengan rakan2 sampai lewat malam.hehe.masa ni la nak korek rahsia, dengar luahan perasaan.biasanya saya menadah telinga je.

begitulah rutin setiap tahun semasa raya.jadi tahun depan,xperlulah saya letak entry raya lagi sebab anda boleh refer cerita ini sahaja.hehe.kecualilah jika saya sudah berkahwin, mungkin ade perbezaan jalan cerita di situ.