BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

we are in love..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

truly in love?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 15, 2012

janji PALSU perempuan bergelar isteri

 maaf.bukan saya membuat janji palsu.tapi laptop saya rosak.tak dapat nak reveal semua hasil kerja masa kahwin hari tu.akan cuba mengorek dari mana2 sumber yang perlu.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah.sudah dua bulan dan satu hari bergelar isteri kepada Mohd Ikhwan.memang berbeza rasanya bila dah jadi isteri.perasaan berbeza masa jadi isteri <---- tunang <---- makwe <----kawan.dan saya bersyukur atas kesempatan yang Allah bagi untuk saya merasa semua itu.

maaf suami sebab xdapat menjalankan tanggungjawab saya sepenuhnya.cuma berkesempatan jumpa weekend saja.insyaAllah nanti dah duduk sama, saya akan buat semua tu.tapi abang kena tolong jugak, kan dah janji b4 kawin.

dan musim kahwin telah bermula kembali.banyak invitation dari rakan-rakan.nasihat saya, jangan berbelanja berlebih-lebihan dan jangan kedekut sangat. buat persiapan majlis sekadar termampu.jangan bebankan bakal suami anda.sebab lepas kawin banyak lagi nak pow  guna duit.hihihihi..

last but not least, selamat hari raya maaf zahir batin..


Monday, June 4, 2012

bakul gula2 pakai paper DIY

haloo haloohaaa..hampir 3bulan menjadi wife baru mau update benda alah simple ini..saya ade buat DIY bakul gula-gula gune surat khabar u all..cara membuatnya agak leceh tapi hasilnya amat kreatif tau..

cara-cara nak buat dia u all boleh tgk kat blog ni:

cara buat baku surat khabar


atau boleh join kursus pendek pembuatan bakul menggunakan surat khabar anjuran KKSB

kursus pendek kolej komuniti sabak bernam

bile dah letak gule2

hasil tanganku


bakul ni saya tak buat banyak, dalam 150 sahaa..just untuk family lelaki & kawan-kawan rapat..kos murah tapi memerlukan kerajinan tahap maksima..hihi..

selamat mencuba..

bunga telur DIY

bunga telur yang saya buat tak banyak pun.just 100 kuntum untuk 2 pahar..kalau buat secara tegar, seminggu dah boleh siap..saya menggunakan kertas crepe kaler kuning diraja..dengan dekorasi ikatan riben kaler hitam dan grey..hasilnya sangat ummphh..dan menjimattkan..saya survey kat kedai pengantin, harga sekuntum bunga telur crepe almost RM3.60 sedangkan kos sebenar tak sampai RM1.00 pun.nampaknya macam boleh buat bisnes je ni :)

cara nak buat nanti saya ajar..

dan hasilnya....

bunga telur lagi menyerlah dari pengantin u oll





ade yang terpenyek sebab lama sangat bertapa dalm kotak

cuma buat pakai crepe ni ada beberapa kelemahan.kertas ni xboleh kena air, cepat rosak jadi pastikan jangan pegang dengan tangan yang basah..kertas ni sangat lembut jadi potong dengan berhati-hati..

hantaran kahwin DIY

jeng jeng jeng..setelah berbulan-bulan ku kawin baru nak update pasal hantaran kan..nasib xsampai setahun lagi..

the most excited thing adalah membuat hantaran..ku memang minat sangat bab bab mengarut decorate camni..so ku memang amek chance ni untuk buat hantaran sendiri..mengikut perkembangan dunia hantaran pada masa tersebut, style guna alas macam bantal adalah trend, so ku decide nak buat jugak alas polisterin bentuk bantal..tapi ku tak beli yang dah siap sebab mahal dan tak berbaloi..jadi ku beli je polisterin sheet biasa tu..ku potong petak(ikut saiz tapak hantaran yang dikehendaki) and ku tindihkan dua keping(supaya tebal)..lepas tu ku trim tepi petak tu supaya jadi curve(xde la curve sangat pun just potong serong je)..


polisterin sheet

trim tepi bagi bentuk camni


*tips:xperlu potong serong cantik-cantik sangat pun sebab nanti nak balut dengan crepe paper dan hias lagi..cukup sekadar dapat bentuk je..hihihi


memandangkan ku dah balut dengan crepe paper kaler kuning diraja, ku decide nak cari bunga kaler cream and kuning..melilau2 sekitar kL and ku jumpa satu-satunya bunga kekwa kaler kuning diraja kat kk home deco..nampak macam bunga ori.ku grab walaupun agak mahal..and ku combinekan dengan bunga rose span kaler cream (bunga rose ni pun trend jugak masa ni)..

inilah hasil yang tak seberapa...











mm..gambar dari photographer masih tak dapat lagi..if dah dapat nanti ku upload close up punya..ini je yang ada dalam simpanan..itu pun nasib baik kawan ku ct sapikah ada amik pic ni..

adios


guestbook DIY lah konon

--------'ll reveal after married-----

Monday, May 28, 2012

mimpi tak best pasal baju nikah

huwaa..semalam dihantui mimpi ngeri pasal baju nikahku lagi..arghh..masuk kali ni dah tiga kali mimpi ngeri pasal baju nikah kuu...

semalam:mimpi lagi 2 jam nak nikah (tapi dalam mimpi tu mcm nak bertunang je), baru teringat baju nikah tak amek lagi..kalut2 nak amek dengan kawan yang jahit baju tu.tapi jarak nak pegi amik baju tu jauh..masa dah suntuk..tudung nikah pun xamek lagi!!!argh..bangun tido dihantui mimpi tu..xigt ending camne tapi berdebarnye, mcm real je mimpi..huhu

hari tu: mimpi baju nikah sye ng tunang saya xmatch kalernye..huwaaa..

hari tu lagi: ada mimpi baju xmuat lak..(mesti sebab saiko esoknye nak g fitting)

hmm..dah macam2 mimpi dah pasal baju ni.try search kat internet, apa makna mimpi2 ni semua..insyaAllah bukan sebab yang bikan-bukan..mungkin saya terlalu fikirkan baju n tudung yang xsiap lagi tu, sampai masuk dalam mimpi semuanya..

Ya Allah, permudahkanlah semua urusanku..Amin...

Wednesday, May 23, 2012

sebatang kara

Allah Maha Adil..
Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya..
Syukur sangat pertukaran kakak dah diluluskan..
Tapi...
Bemakna saya akan sebatang kara di sini..
Di tempat orang..
Tiada lagi setiap hujung minggu nak ke rumah kakak..
Tiada lagi setiap hujung minggu tengok anak saudara..
Sedih................
Mesti saya akan rindu anak kecil itu..



Thursday, April 5, 2012

wedding preparation?!

terlalu banyak nak diceritakan..apa yang pasti, lagi 2 bulan je masa yang ada..gile lah kau..kau nak kawin dah ke pareed??selalu bertanya dalam hati..


so far, segala yang dirancang masih berjalan.ada yang lancar ada yang tak..baju nikah dah ditempah dengan sahabat fesyen..design sana +design sini=design sendiri..konsep sama macam konsep saya buat design bangunan  masa belajo dulu, cilok2 sket, tambah sana, kurang sini..tada....jadila design sendiri..haha..sangat keji..semalam pegi fitting kali ke 2, Alhamdulillah la xde yang ketat xmuat, sebab saya rasa badan saya dah macam dipam2 dengan pam angin kereta kat petronas dekat balai polis sabak bernam tu..huhu..memang kenyataannya badan dah naik secara drastik lah konon. padahal dah memang kau tu makan tido je keje..haha..tapi bakal suami cakap, xpe, i xkesah..so, kurang sket saiko..huhu

sumber idea
doorgift yassin dah ditempah..customized sendiri tapi orang printing tu ada terpaksa ubah2 sket, katanya design saya xberapa ok untuk kulit yassin..mungkin terlalu fancy??bak kata bakal suami, dah macam wrapper hadiah nun!!kutuk la design saya, saya bantai majuk 2 hari..haha..puas ati..(ni peel orang yang xdapat terima kenyataan design dikutuk sebegitu rupa)..insyaAllah dalam minggu depan yassin akan siap, sekarang tengah dalam proses penjilidan(dah macam buat thesis dah main jilid2)..


cover page yassin yang direject..T__T


paperbag + plastic untuk gula2 dah beli ngan mummy kat Nilai..tapi last 2 week mummy cakap xcukup paper bag tu..kena tambah lagi dalam 200+..adoi..paperbag tu dah la limited edition je, xde kat kedai2 pengantin yang biasa..penat dah survey di sekitar sabak..T__T..paperbag untuk family lelaki pun turut sama nak wat saya pening kepala, saya try test cuba letak barang2 dalam tu, tapi xmuat..T__T..nangis lagi..makanya, saya amek keputusan nak ke Nilai masa cuti birthday agong next week..beli apa yang xcukup, mungkin paperbag family lelaki akan sama je dengan paperbag tetamu yang lain..itu yang saya decide..pastu baru balik pahang..

kad kahwin dah tempah..dan dah siap!!semalam bakal suami cakap dah siap..gile advance la kedai tu..sekijap je dah siap..hehe..design??ahh..bakal suami yang pilih..dia suka yang eksklusif2 matured2 je..ada kerawang segala bagai..xdapat nak kad yang katun-katun yang menjadi idaman saya..nangis sebaldi..T__T

kad idaman ku 

yang mana kena booking tu Alhamdulillah, telah dibuat..

  • MUA done
  • videographer & photographer done
  • bridal done
apa lagi, apa lagi..banyak lagi tapi saya xde buat list pun.apa yang terigt, itu yang dibuat..sangat loser..hehe..sekarang kerja saya nak settlekan DIY bunga telur crepe, borang2 nikah n tudung nikah mungkin DIY..hantaran??DIY gak, itu belum start lagi..itu kena update entry lain la..dah panjang dah entry ni, naik kebas tangan dan jari jemari runcingku..

doakan semua berjalan lancar..
p/s my beloved future husband, tq nak hantar balik pahang minggu depan..jasamu dikenang..:)















Monday, January 30, 2012

dugaan demi dugaan

Ya Allah..beratnya dugaan yang kau berikan pada dia, kepada keluarga kami..tabahkan la hati & dirinya demi kehidupan anak kecil tersebut..

saya tidak mampu menolong apa-apa.hanya mampu sumbangkan tenaga yang sekecil cuma.luarannya dia tersenyum tapi saya tahu, pedih di dalam hati xmungkin hilang. hati yang pecah berderai, walaupun dicantum, tetap ada kesannya.kenapa manusia bijak terlalu taksub dengan kebijakkannya, sehingga merasakan semua yang dilakukan adalah betul.apa salahnya jika difikirkan nasib anak kecil itu seketika.saya sedih setiap kali menatap wajah anak kecil itu.tidak ada kasihkan pada anak kecil tersebut?

hmm.hanya mampu berdoa.mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.

Thursday, January 5, 2012

kisah nur amalina

salam tahun baru 2012..belum terlambat untuk wish selamat tahun baru..syukur Alhamdulillah hingga saat ini, saya diberi peluang oleh Allah SWT untuk bernafas dan mengejar keredhaanNya di dunia ini..

pagi-pagi tadi, agak awal ke kolej, sempat menatap facebook..tertarik dengan 1 video yang dipost oleh sahabat saya,...lihat sini

nama macam pernah biasa didengar..oh..rupa-rupanya pelajar cemerlang Malaysia..sekarang dah further study di luar negara..sangat berubah..mmm...saya bukan juri untuk komen tentang perubahan beliau..cuma saya terkenangkan sesuatu..

remaja memang selalu tersilap buat perhitungan..mungkin akal masih dikuasai oleh kehendak hati..tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu..terlalu mengikut perasaan..terlalu mengikut kawan..terlalu mengikut pengaruh luar..walau apa pun alasannya..saya pasti..satu hari nanti, kita akan MENYESAL..menyesal semenyesal2ya..seperti saya..saya pernah menyesal atas kesilapan saya yang dulu..masa tak boleh diulang..kesilapan tidak mampu dibetulkan lagi..

dasar manusia...tidak dapat lari dari melakukan kesilapan..

cuma saya bersyukur..Allah masih memberi ruang kepada saya, untuk membetulkan kesilapan saya..walaupun saya tau ia mungkin terlambat..

menangis pun dah xguna nanti-kata Khaila Faqiha

semoga sesiapa yang membaca post ini, fikirlah setiap perlakuan kita..hitungkan dengan akal, adakah ia benar atau salah..jangan sampai kita menyesal, dan bila kita berpaling semula, sudah tiada ruang kepada kita untuk membetulkan keadaan...