BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

we are in love..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

truly in love?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 27, 2011

checlist majlis pertunanganku siri 2 versiBUDGET: HANTARAN PEREMPUAN

hoyeeha..internet lambat gile seyh..entry kali ni adalah pasal hantaran saya balas untuk pihak lelaki.gubahan-gubahan dia SEMUA dibuat sendiri..n hasilnya adalah SANGAT2 memuaskan hati.ramai le dok tanya sape buat, siap nak tempah 1x..adoii..sebenarnya semua idea cilok je kat magazine n internet..
hantaran yang saya balas adalah 13 iaitu:


1.sireh junjung
2.set pencuci muka
3.kasut
4.tuala
5.kain baju melayu
6.sampin & songkok
7.sejadah
8.wallet, tie, belt & pen set
9.bahulu
10.cupcake
11.jelly
12.buah
13.coklat

sireh junjung
sireh yang saya guna ni sireh tipu je.daun-daun sireh boleh dapat kat kedai hantaran..xsilap rm9.00 untuk 50 helai..kot..mak saya ada suruh ambik kat rumah jiran, tapi saya lak segan nak mintak apatah lagi menyelongkar semak untuk ambil daun sireh original..lastnya, beli ajoo..malam sebelum hari bertunang tu saya buat..ditemani adik beradik saya, akhirnya siap le gubahan sireh xseberapa ni.tengok contoh kat internet, pegi kedai hantaran beli sireh, polisterin, cucuk2 dan jadi..sebelum tu saya ada buat gubahan lain, tapi nampak macam rupe ultraman je.terus reject, buat yang baru & hasilnya....

DIY sireh junjung
pencuci muka
set pencuci yang dibeli oleh ibu mentua.hehe.tugas saya cuma membeli bowl kaca, buat polisterin bual  balut dengan kertas baldu, cucuk2 bunga & lengkapkan dengan riben..idea dari magazine..hehe..tada..

set pencuci muka
kasut
incik tunang sponsor kasut dia sendiri..tahniah!!

camel active

tuala
tuala yang tiba2 biru sebab ini diberi mak mentua lagi..sebenarnya saya dah pun beli tuala & sejadah untuk hantaran, tiba2 je mak mentua mau bagi..jadi saya pakai yang dia bagi..kena la ambik hati dia..ye x...nanti saya akan buat entry khas gubahan tuala ok..

tuala tiba2 biru
kain baju melayu
kalau cerita pasal kisah baju melayu ni, boleh buat entry tajuk dia je.macam2 konflik terjadi semata-mata nak membeli sepasang kain baju melayu.sekejap nak baju, sekejap kain, sekejap nak baju balik, sekejap nak kain..rasanya berapa banyak kali ulang pegi Semua House..hampir menaikkan darah kerana baju melayu...kain dilipat2 seolah-olah menjadi baju melayu.hehe.kreatif kan?idea seperti biasa.internet.ekeke

ini kain bukan baju



songkok & sampin
gubahan ni say lipat biasa2 saja. dua-dua beli kat area jalan Tunku Abdul Rahman..


sejadah
digubah bersama-sama rakan sekerja.kak e dan anim..kenapa warna biru??again.mak mentua kasi.hehe

unbalance
wallet set
ini mudah.beli & letak..tambahkan bunga yang digubah secara konon-konon lawa.hehe


lain-lain:
cupcake

coklat(sebelah kiri)
ops..ade beberapa hantaran tiada dalam simpanan..huwaa.mode kachiwa..harap-harap en photographer ada ambil lah ye gambaran semua hantaran.T___T

Wednesday, July 6, 2011

checlist majlis pertunanganku siri 2 versi BUDGET PERSIAPAN

seperti yang diwar-warkan sebelum ni, rakan2 ada bertanya tentang budget untuk pertunangan.saya xde la nak ulas lebih2 sebab bertunang pon baru hanya sekali..hihi..
lets CEKIDOT:

1. bridal boutique
ini adalah benda first yang saya buat, mensurvey bridal dan mengebook..saya survey pakai internet je, lebih mudah dan menjolok membuka mata..mula-mula memang berniat nak beli baju bertunang sendiri, kaftan yang cantik-cantik, tapi bila dah buat survey selama beberapa minggu, saya decide untuk sewa baju bertunang..kosnya lebih murah sebab kebanyakan bridal sediakan pakej lengkap dengan harga yang berpatutan.kalau ambil pakej asing-asing, harga lagi mahal terutama bila ditambah dengan kos membeli baju pertunangan sendiri..bila fikir2 semula, kalau pun saya beli baju bertunang, macam la lain kali nak pakai..silap2 semua terperuk dalam almari je (sama la mcm baju tunang kakak saya)..hihi..setelah berfikir & berbincang dengan mereka yang berkenaan, maka saya memilih pakej lengkap dari Carlbella Bridal & Photography merangkumi:

baju bertunang + aksesori

make-up
mini pelamin(kaki abg ipor den menyebok)
total semua RM600..itu hanya untuk tempat2 tertentu saja.kalau duduk area kL ke, Shah Alam ke, maybe xdapat harga tu..

*tips berjimat:
i) kalau ada rakan2/sedara/jiran yang pandai make-up, mintak tolong mereka.make-up simple2 je pun ok..or kalau pandai make-up sendiri pun, boleh cuba conteng make-up di muka sendiri..(jangan jadi opera cina dah la)
ii)baju boleh beli sendiri, kalau yang simple2 tu, below rm100 dah dapat kat butik 1st Lady.nak cantik lagi, tambahkan manik/labuci sendiri.sama juga dengan tudung..
iii)pinjam baju tunang atau nikah adik/kakak/saudara mara/jiran tapi pastikan saiz adalah sama dengan badan anda
iv)mini pelamin--> xperlu ada pun takpe.macam saya, mak saya request untuk ada pelamin n pelamin yang cantik tu, beliau sendiri yang pilih..:)kalau siapa2 yang kreatif & inovatif & RAJIN, boleh buat sendiri je mini pelamin.tengok contoh2 pelamin yang ada, & cuba sesuaikan dengan barang-barang dalam stor rumah anda..kalau nak beli sendiri pun ada, cuma pastikan, jangan melebihi bajet.kata nak berjimat kan......
*kalau betul2 ikut tips ni, insyaAllah, kos bridal akan kurang sampai RM100..wow!!

2. barang hantaran
hoho.yang ni boleh jadi GILAK.macam situasi saya, hantaran semakin bertambah dari minggu ke minggu, mengikut request pihak lelaki..jadi sebagai pihak perempuan yang AYU lagi SOPAN, adalah tidak elok saya menolak permintaan baik mereka..at the end, hantaran dari pihak lelaki 11 dan berbalas 13 dari pihak saya..
ini adalah list barang hantaran pihak lelaki kepada saya..(gambar dari photogrpher xdapat lagi!)
1-Sireh Junjung
2-Duit Tanda
3-Cincin Tunang
4-Baju Persalinan Nikah
5-Telekung + Sejadah
6-Kasut
7-Set Pencuci Muka
8-Tuala
9-Kek 
10-Coklat
11-Buah

cincin risik & nikah, saya sendiri yang pilih.
untuk cincin ni, budget dua-dua cincin dalam 1200+..sekarang emas mahal..sapa-sapa yang nak kawin 5 taun lagi pun, belilah sekarang emasnya, mana tau nanti lagi mahal..ha..dah lah tu, bila pilih2 je, mesti cincin size jari saya takde..maka grab je mana yang cantik di mata, padan di jari..
kek indulgencee->chclate moist->sponge
aduhaii..ini mau mengeluh pun tak guna sebab semua dah ada dalam perut.haha.mengikut janji-janji manis tunang saya tu, dia nak bagi choclate indulgence.lepas tu tukar nak bagi chocolate moist.lepas tu, tup-tup bukak kotak kek tengok kek vanila..haha..redha je sebab katanya mak sedara yang sponsor kek..(tapi tetap saya nak claim chocolate indulgence)

baju untuk nikah
episod baju ni saya dah update dulu, shopping-bersama-bakal-mentua ..dipilih bersama mak tunang saya.warna pearl and berkilat bagai..saya berniat nak buat jubah nanti untuk hari nikah..hihi..
*kena rajin survey untuk dapat harga yang murah..and beli masa harga promosi..kalau beli sepasang lelaki & perempuan, maka lagi-lagi-lagi murah..

hantaran yang telah ditukar
 bajet kos untuk barang-barang untuk bagi pihak perempuan..erm..dalam RM500+ (tak termasuk cincin & duit tanda)..lain-lain barang macam kasut tu, belilah masa sale..insyaAllah, kasut beratus-ratus ringgit akan jadi berpuluh2..pencuci muka main taram je amek Loreal Paris, sebab saya selama ni memang xpakai pencuci pun..kira lepas ni boleh try Loreal la..mana tau muka bertukar jadi Lisa Surihani ke..haha..lain-lain barang tu ada yang disponsor, maka xtermasuk la dalam budget..rasa-rasanya, kalau hantaran 3 berbalas 5, rm1000 dah cukup kot.yang penting, ikut kepuasan kemampuan..

*tips berjimat 
1-bertunang la sebaik saja selesai majlis kawin kakak/abang/sedara/jiran anda.maka anda boleh share barang-barang hantaran dorang..(untuk mereka yang melampau punya kedekut!)

okek..untuk list yang ketiga & seterusnya, saya akan post entry yang lain kerana kekangan masa.saya perlu cepat bersolat Zohor & menyiapkan Rekod Fail Pensyarah untuk Sesi Julai 2011 ni..Isnin ni kelas dah stat..adiosss

Kursus Induksi Kumpulan 1 bil7/2011

holaah..hari ni berniat untuk update kisah Kursus Induksi yang saya hadiri 20/6/11-->30/6/2011. kursus yang menyebabkan saya ber'puasa' dari menatap internet kerana bayaran wireless di hotel sangat mencekik golongan miskin kurang berkemampuan mcm saya..

kursus diadakan di Hotel Selesa, JB.berkenalan dengan rakan2 baru seramai 38 orang(total peserta 39 orang termasuk saya).berbestfren dengan roomate saya, Dya dr KK Rompin n kenalan,Ila dr KK K.Terengganu..semua rakan2 adalah sporting, mesra n best, dengan penghulu yang sangat cool n urusetia yang sangat sekepala..:)..


rutin harian dipenuhi dengan ceramah dan makan dan ceramah dan makan..sehingga tulang belakang hampir bengkok kerana terlalu lama duduk..lokasi saya pulak sangat strategik menjadikan saya sentiasa menjadi 'subjek' untuk cerita2 para penceramah..T__T..bagus jugak, sebab saya memang terpaksa untuk tidak mengantuk..ngeh3..

saya bawa stok pakaian rasmi (baju kurung, blaus, skirt) untuk 10 hari, maka tiada istilah guna semula.tapi baju untuk riadah cuma 2 pasang je.maka sempat la guna semula sekejap sebab ada riadah kami hanya diwajibkan dalam bilik saja*faham2 sendiri..perkhidmatan dobi memang ada, tapi saya xpasti boleh claim atau tak.jadi lebih baik bawak cukup2 pakaiannya..makanan hotel adalah mengenyangkan (bersyukur je walapupun hampir xlalu tengok makanan hotel)..ada swimming pool di antara cafe kami dan bilik seminar.jadi..lepas habis ceramah, terus lompat dalam swimming pool dengan berbaju kurung yang sesuai..:)

masa sesi LDK, kami kena buat macam2 kelakuan kekanak2kan.menari, menari ciken dance, poco2 & berlakon..eceh..berlakon memang macam real..lakonan adat merisik, meminang & pernikahan..memang happening!

pelakon menonton tambahan

mula majlis

pelamin anganku musnah xmusnah dah

bunga manggar

geng kompang pakai pinggan kaca
keluarga pompuan

semua peserta + penceramah
hari terakhir 30/6 adalah hari exam Induksi.malam tu saya dan roomate saya (termasukla rakan2 pompuan yang lain) sakan menstudykan diri..wallah..rasa macam nak SPM semula je.kerana telah ditakut2kan oleh penceramah & urusetia, maka kami berhempas pulas menghafal apa yang mampu..biasanya soalan adalah 'lebih kurang sama' dengan soalan2 Induksi yang lepas..kira ada hint sket la untuk kami..
pukul 9.00am, mula menjawab soalan objektif..ARGHHH..GILA SUSAH!!soalan 1 pun saya xdapat jawab..saiko..ade 10 soalan mmg tahap hentam keromo..aiyoo..

10.00am start subjektif..YEEEHA...soalan yang baru discuss ng kawan2!!..ALHAMDULILLAH..saya menjawab dengan penuh sopan santun dan tulisan yang JELAS dan TERANG(pesanan urusetia)..antara soalan yang keluar & yang saya ingat:-
1. cuti haji
2.gaji perkhidmatan pertama & elaun bertugas rasmi
3.persiapan mesyuarat
4.cabaran wawasan 2020
5.fail meja & manual prosedur kerja
erm..yang lain-lain xberapa nak ingat..harap2 saya lulus induksi..maka cepat2 dapat mengsahkan jawatan..:)

gambar skema(klik gambar untuk zoom in):

muka pendidik2 anak bangsa

disebalik tabir (klik gambar untuk zoom in):-

muka..erk..