BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

we are in love..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

truly in love?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 27, 2011

hidup tak selalunya indah

manusia cepat berubah.di hadapan kita, lain perilakunya, namun tersimpan pelbagai rasa di dalam..ya, tak salah meluahkannya, asal jangan menghina orang lain yang tidak berdosa.


jangan cuba mencari musuh






Thursday, December 1, 2011

DILEMA..antara CINTA dan CITA-CITA

hidup ni penuh dengan dilema..terlalu banyak pilihan, mungkin tak menjadi masalah..kalau terlalu banyak pilihan yang TAK PASTI, itu adalah masalah besar..
 

my beloved fiancee nak sambung study nun jauh di sana..PJJ?mungkin xde masalah bagi kami sebab sebelum ni pun memang dah jauh, cuma taklah sejauh yang akan datang tu..sambung study bermakna kena quit kerja sekarang yang dah stabil..oh..frustnye...baru nak mengonon kawin ngan engineer..nampak sangat niat tak baik..just kidding..

the real probleemoo skrg adalah..biasiswa masih terumbang ambing..memang banyak iklan biasiswa yang dah dibaca, tapi prosedur semuanya memakan masa.sedangkan beliau dah decide untuk register in Feb 2012..maybe mampu nak tanggung sendiri pengajian untuk jangka masa pendek, tapi kalau tiba-tiba tiada rezeki kami beliau, ohh....nak tanggung sendiri selama 3-4 tahun??tambah lagi bulan Jun 2012 nanti nak buat kenduri..lagilah runsing..interview biasiswa/result biasiswa, semuanya masih samar-samar..sering terlintas di akal fikiran saya untuk menangguhkan saja perancangan bulan Jun nanti.mungkin itu lebih meringankan beban beliau kami..hati selalu mendesak untuk memilih antara CINTA atau CITA-CITA, terasa seperti tak mampu pilih kedua-duanya...ahhh..kusutnye fikiran...

Ya Allah, bantulah kami...

buat masa sekarang, hanya mampu berDUIT=berDoa, berUsaha, berIkhtiar dan berTawakal..semoga Allah sentiasa membantu kami..Positifkan lah fikiranku yang sering bercelaru ni..

Amin..

Tuesday, November 15, 2011

resepi daging dendeng sedap

abaikan background belakang mangkuk
daging dendeng pareed

ehem..memandangkan cik pareed sekarang telah mula memupuk semangat memasak insaf sebab xlama nak jadi bini orang dah T__T, maka dengan ini akan mempersembahkan lauk kesukaan saya yang jarang nak jumpa kat kedai-kedai makan di sekitar lembah kelang sabak bernam.lauk ni masa kecik-kecik mak saya suka beli kat pasar malam, ada sorang makcik tu jual.Kak Non nama dia.tapi sekarang mak dah tak beli lauk kat dia sebab xberapa nak bersih sgt..hihi.

resepi senang tapi leceh sket nak membuatnya..bagi yang suka lauk kering-kering macam saya, boleh try ye..

daging dendeng


BAHAN-BAHAN
daging yang telah direbus (agak-agak dalam 1 mangkuk kecik)
bawang besar separuh (dihiris)
bawang besar separuh (dikisar/ditumbuk halussss)
lada besar 5/6 batang (ditumbuk kasar-kasar)
minyak
garam/gula/ajinamoto secukup rasa

CARA
1. hiriskan daging yang telah direbus tu senipis-nipisnya, kemudian diketuk dengan lesung sampai penyek(tapi jangan sampai lerai dagingnya)
2. goreng daging sehingga garing keperang2an(tapi kalau saya suke garing sampai nak hitam-hitam dah, hehe)
3.ketepikan daging dan mula buat sambal dendengnya pulak
4.tumiskan bawang kisar sehingga naik bau. then masukkan bawang hiris n lada besar yang dah ditumbuk tadi.tumis hingga naik minyak
5.masukkan gula, garam n ajinamoto (nak masam-masam sket masuk cuka)
6. masukkan daging yang dah digoreng, biar seketika di atas api.
7.angkat dan sedia dihidangkan

kenikmatan daging dendeng yang sebenar dapat dirasai apabila mengunyah dagingnye yang garing-garing crispy tu..pedas-pedas sket, masam-masam sket..bukan saja sesuai untuk dibuat lauk, tapi sesuai juga dibuat snek sambil menonton cerekarama.

selamat mencoba..

Wednesday, November 2, 2011

hidup tanpa si dia

katakan..
bagaimana caraku hidup tanpamu..
jika engkau pergi meninggalkanku..
bagaimana bisa aku bertahan tanpamu..
aku perlu kamu dalam pelukanku..
aku perlu tanganmu untuk selalu menggegamku..
aku perlu matamu untuk setiap semangatku..
aku perlu tawamu untuk setiap detik keresahanku..

katakan padakau..
bagaimana jika aku harus hidup tanpamu…
aku tak akan pernah tau bagaimana caraku bernafas..
aku tak akan pernah tau bagaimana caraku untuk bertahan..
katakan sayang..
bagaimana caraku jika harus hidup tanpamu..

katakan padaku..
bagaimana harus aku hidup tanpamu..
bagaimana harus aku meniti titian ke sungai besar itu....

aku sunyi tanpamu....








































oh............WUCku........

Thursday, October 13, 2011

im sorry dear...

gambar hiasan
semalam sangat down..sangat tidak bersemangat..fikiran bercelaru..macam-macam perkara yang difikirkan..T__T..pergi kelas macam xde feel, buat kerja-kerja exam tanpa perasaan*macam sama je maksudnye..semua gara-gara cik abang merajuk..

merajuk..saya xtau pun dia merajuk or marah dengan saya..cis..seharian tak reply mesej, call pun tara angkat..sebagai perempuan yang berjiwa negatif concern, macam-macam yang saya fikir..handphone dia tercicir?dia sakit?dia ditimpa...?bla..bla...sampai menjadikan saya tak senang duduk.risau gila la..nak call rumah dia(sejak bila aku ada no phone rumah dia?)..nak call adik dia(kalau xde pape nnt malu la plak)..nak tny mak dia(segan la makcik mak)..last-last menahan rasa je la..

dah lewat petang baru dia reply & cakap..'i xde pape.luv u'..erk..WTheaven..camtu je..dalam hati saya..'i dah risaukan u separuh mati & u ckp u xde pape..ini betul2 menimbulkan kemarahan'..

lakonan semula
bila difikir-fikirkan..hmm..maybe saya yang salah kot..n truly im sorry dear..memang saya jenis yang degil xmendengar kata.apatah lagi suka bercakap tanpa berfikir dulu..kesian dia..selalu bersabar dengan saya & mungkin kali ni dia dah xboleh bersabar lagii..T__T

kalau bertunang memang banyak dugaannya*now i admit it..

Monday, October 10, 2011

tak boleh pakai cincin?!

persamaan matematik hari ini:
cincin
                      +
jari
                      =
cincin di atas jari?

see..nampak tak ape dah jadi dengan jari jemariku yang runcing dan gebu ni *geli..telah ditumbuhi sejenis kurap/kayap/penyakit kulit yang tiada diketahui asal usulnya..dah masuk 2 minggu menderita penyakit ni..yang xtahannya, penyakit cuma dekat jari yang pakai cincin tu..mula-mula macam gatal-gatal je, garu punye syok, lama-lama macam ada bintik2 bebola..bila tukar cincin kat jari lain, masalah yang sama jugak..abis jari lain terlibat sama dalam konspirasi ni..

adakah saya diserang penyakit alergic?

then beli ubat alergic kat farmasi..


ubat alergic beli kat farmasi one utama

pakai-pakai dengan penuh keyakinan..makin lama bukan makin baik, makin hodoh jari jemariku yang runcing dan gebu ni..*perlu ke nak ulang?geli kuasa dua..lebam?bengkak?

eiyoo.. 
tak tau la sejak bila ada penyakit alergic emas ni..next ikhtiar nak cuci cincin+ pegi checkup kat klinik..harap-harap okey le..sian cincin.dah beli penat-penat, simpan dalam beg je..T__T..kalau tau alergic dulu, baik mintak hantaran rumah je seketul buat ganti..dah le emas kalau simpan kena bayar zakat..CISSS



Monday, October 3, 2011

saya terlibat dalam KES PEMBUANGAN...

KUCING..sye mmg sgt2 mencintai makhluk Allah nan satu ni..serius..sangat geram kalau tengok meow, lagi2 kalau yang suka main tu..

saya ade 2 ekor meow peliharaan kat rumah sewa tapi sangat sedih..saya terpaksa buang kucing-kucing tu..kenapa??bukan sebab dia suka buat perangai buang air merata-rata, bukan sebab dia dah berkurap, bukan sebab dia dah berkutu..BUKAN..BUKAN..BUKAN...tapi semata-mata nak menjaga hati orang sekeliling..life is not fair..T__T

betul2 terpaksa..malam tadi asik teringat2 je..nak menangis pun ade.. sorry ye dodo n kiki..semoga ada orang yang baik hati yang ambil peduli pasal korang..maaf..Ya Allah, lindungilah kucingku...

dodo yang manja

sexy

kiki(skang dah besar + gemok dah)

speechless

dalam hati sedang menangis setelah
SAYA TERLIBAT DENGAN KES PEMBUANGAN KUCING

Sunday, September 18, 2011

gaji bernaik berganda dua

alhamdulillah..ini rezeki anak sedare namanya..hari ni menerima berita gembira.kecurigaan mengenai gajiku telah terungkai.tak berharap sangat ia naik sebegitu, tapi kalau dah KPT bermurah hati, saya menerima dengan hati berbunga-bunga..:)
maka bolehla menyimpan sedikit untuk persiapan kawin nanti..hehe..sangat saiko sebab ramai kawan-kawan tanya dah kumpul duit ke?sedangkan saya takde berhajat nak kumpul pun..ingat nak guna duit hantaran 100K  tu tipu..

ohh..saya dah dpt anak sedare yang 1st..sgt gembira & menjadi saiko untuk menjadi emak buat beberapa ketika..bila tengok baby menangis, saya nak menangis sekali..kesian..dan personally rasa belum bersedia lagi..walaupun...

gaya dah ada
khaila faqiha
sayang die..hehe..

Monday, September 12, 2011

bisnes kuih raya

mula berjinak2 dengan bisnes kuih raya ramadhan baru-baru ni..mula-mula macam xnak je, tapi atas dorongan sorang kawan sekolej, maka saya menggagahkan diri menjual kuih raya..bekalan diambil dari pembekal kat sabak bernam dan dijual di sekolah kakak n sekolah abang ipar saya.nak jual kat tnb, tapi tau2 si tunang pulak xjual, agaknye dia makan lah kot sampel tu..mula-mula saya sediakan sampel (ade 15 jenis tau kuih raya).tapi sayangnya kuantiti sikit je sampel tu, jadi tak semua dapat rasa..antara kuih yang ada:

dua benua
mimi lolo

marble(choc gile tebal)
gajus

tart gulung

almond london

donut oren
nestum

aiskrim strawberi

aiskrim biasa

semua kuih yang sya jual murah2 je.kira susah la kalau area kL nak dapat harga camtu.rasa kuih ni sedap & tak menghampakan la..sebab saya dah rasa n pilih dulu b4 bagi sampel..ini baru permulaan..insyaAllah kalau ade rezeki taun depan, nak luaskan pasaran n kalau rajin nak buat khidmat pos jugak..cewahh..and nak jual kerepek sekali..berangan xhengat..bisnes keronsang n tudung masih berlegar di otak fikiran..

Thursday, August 25, 2011

taman botani perdana visit

ni pic sebulan lepas masa bermanja-manja berjalan-jalan kat Taman Botani Perdana aka Taman Tasik Perdana..
  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

u ckp wedding nnt nak photoshoot kat sini kan..insyaAllah..:)

Saturday, August 20, 2011

malam seribu bulan

salam semua..sedar tak sedar, sekarang dah hari ke 21 kita berpuasa(bagi yang berpuasa penuh)..bagi sesetengah orang, mungkin baru puasa yang ke 15 sebab period keuzuran.hehe..rasa cepat sangat berlalu..hari tu baru je dengar pengumuman puasa..tup tup dah tinggal 10 malam terakhir..T__T..rasa sedih pun ada..niat untuk khatam Quran bulan puasa ni, macam tak berjaya je..macam tak sempat..tapi tetap akan cuba sedaya upaya..bantulah aku Ya Allah..jadikanlah aku hambamu yang RAJIN..amin..

bila dah tiba 10 malam terakhir ni, semua akan berebut mengejar malam Laila Tok Kadar Lailatul Qadar.. kan..tapi ada jugak yang mengejar sale di mana2..saya dengar orang cakap, bila malam akhir2 ni, dah tak ramai orang di masjid/surau.masing2 berebut ke Uptown la, Ekspo la dll membeli keperluan raya.saya pun xpasti kenyataan tersebut benar atau tidak.sebab saya adalah golongan yang terpaksa tidah hadir ke sana sebab tut...(sila faham2 sendiri)



“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a.

Cerita Lailatulqadar...

APA TU???
Lailatul Qadar adalah satu malam yang mana AlQuran diturunkan..sepertimana firman Allah SWT maksudnye:

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Bayangkan la..malam tu je umpama kita beribadat macam seribu bulan..1000bulan/12bulan=83.333 tahun..umur kita pun belum tentu sampai 83 tahun hidup..

BILA?BILA TU???
dikatakan malam Lailatulqadar akan berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan iaitu pada malam ganjil..malam 21,23,25,27 or 29..petua Imam AlGhazali & para ulama' menyatakan sekiranaya permulaan puasa jatuh pada hari:
  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.
Wallahualam..untuk kepastian.lebih baik kita sama-sama meningkatkan ibadat setiap hari terutama bila dah hari2 terakhir Ramadan ni..mana tau rezeki kita tahun ni bertemu malam Lailatulqadar..:)

CAMNE NAK TAU??

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antaranya:
  • malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa,tidak dingin dan tidak panas
  • esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa(warna pucat) 
  • Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
NAK BUAT APA MALAM TU?
Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran. 

APA KELEBIHANNYA?? 

  • malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan
  • Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala 
  • Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a. Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.(istimewanya kita sebagai umat Nabi Muhammad kan??)
  •  Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul-Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bernafaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menrima dan memakbulkannya. Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu:-
    1. Orang yang kekal minum arak.
    2. Orang yang derhaka kepada ibubapanya.
    3. Orang yang memutuskan silaturahim.
    4. Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perbualan nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin mendekatiMu?”
· Allah: “Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin RahmatMu?”
· Allah: Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat”
· Allah: Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?”
· Allah: Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?”
· Allah:Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!”

SO??
Apa lagi yang difikirkan??jom kita sama-sama memeriahkan 10 hari terakhir ramadan dengan beribadah kepada Allah dengan ikhlas..InsyaAllah, kita akan dipertemukan & memperoleh keberkatan malam Lailatulqadar..amin.... 

 

Sunday, August 7, 2011

kusyuk dalam solat

ya Allah, hari ni dah hari ke 8 Ramadhan.sekejap je masa berlalu.orang cakap anggaplah ramadhan ini adalah ramadhan terakhir, supaya nanti kita akan beribadat bersungguh2.sebab ramai di antara kita yang tak sempat menjalankan ibadah puasa pada tahun ni sebab di jemput oleh Nya..takut bila dengar.mati itu pasti.kan.cuma tak tau lambat atau cepat.

oh oh.xperasan plak dah macam sesi tazkirah kat atas ni..

hmm..sebenarnye nak mengeluh pun ada, nak mengadu tiada siapa sudi mendengar..ceh.ayat sedih..biasa lepas semayang maghrib, saya dan rakan-rakan akan pergi ke surau berdekatan rumah saya. solat isyak & terawikh.jalan kaki je.sangat dekat dengan rumah jadi agak xkisah jika berseorangan..T__T..tapi ntah la.susahnye nak kusyuk bila solat tu.xtau la kenapa.mungkin faktor persekitaran.solat sebelah kanak-kanak yang sok sek sok sek masa semayang, terjenguk ke kiri ke kanan (menyebabkan hati mengomel).siap hari tu masuk dalam mimpi lagi pasal peristiwa tu.hmm..pastu ada satu hari tu, solat sebelah hamba Allah ni, dia punya bacaan, punyala kuat..sampai mengganggu saya dan orang disebelah saya..adoi..xsilap saya masa dulu ada belajar, kalau solat jemaah tu, baca la dalam hati.jangan sampai mengganggu jemaah lain..bila tukar port lain, dekat plak dengan tingkap, bising dengan suara kanak-kanak lelaki dok menyusun pinggan mangkuk untuk moreh..pung pang, pung pang..susun dengan tangan ke susun dengan mulut dik oii..

macam-macam dugaan..cuma semalam rasanya hati tenang sikit.xberapa nak ada gangguan..Alhamdulillah..tadi search2 dalam internet. mencari tips2 untuk kusyuk dalam solat.almaklumla, xsemestinya faktor persekitaran, faktor diri sendiri pom ade..masa solat la dok pikir itu, dok pikir ini..masa solat la baru teringat ada lauk atas dapur, baru teringat x bagi makan anak-anak kucing & macam2 lagi..

tips kusyuk dalam solat:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
bukak makanan je nak kena pikir halal haram, sumber duit tu pikir2kan juga

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
mati itu pasti

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.


4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.


9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
murah je uit.pilih yang mana berpatutan coraknye

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
terrible betol kalo pakai baju ni p semayang


dah habis baca?nampaknya saya xboleh salahkan persekitaran semata-mata..renung-renungkan dan selamat beramal.