BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

we are in love..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

truly in love?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 31, 2010

bukit jalil vs hentian putra

hahahaha...
hahahahaaaa...
hahahaahhaaaaaa...

 mari gelak dulu walaupun tak tahu cerita..

semangat punya pasal..macam2 bleh jadi..benda yang betul boleh jadi salah..haha

orang turun kat hentian putra, dia tunggu dekat bukit jalil..semangat punya pasal, turun awal gile tapi salah tempat..siap leh xperasan dia salah tempat..xpaham betol..hehe

view dari hentian putra

xnak lupa la peristiwa 30/8/2010...

kau kata kau tak ada duit versi carlo rino

tajuk entry ditujukan khas kepada empunya blog..haha..

kau kata kau xda duit, kau kata duit kau tinggal 600..
tapi kenapa ada macam beberapa helai tudung siap dengan baju kurung baru lagi disambar di jalan TAR??

haha..persetankan kata2 kau tak ada duit tu..ok..dah tau da..asal cakap je xnak kalah..insaf la..nak berjimat la..yo yo o je..mesti peluang tok survive bulan ni adalah tipis.tapi masih boleh.mari berdiet nanti.hehe.jangan bergerak ke mana2 selepas naik cuti raya ok?hehe

ok..sekitar cuti merdeka..saya banyak mengukur jalan.jalan tar kL-jalan tar kuantan-jalan tar kL-sogo-sogo lagi=sambar beberapa item menarik.hehe..untuk raya + kerja..2 in 1..eceh..kalau la rumah sebelah jalan tar, kompem hari2 pigi..hehe..

ok semua..mari berkongsi kegembiraan kerana saya mendapat durian emas yang runtuh dari langit beserta dengan sedikit berlian di atasnya..(ayat metafora xleh blah)..saya ada handbag baru..suke sangat handbag ni, hehe..time kasih incik ikhwan, menghadiahi saya sebuah beg yang sangat shomel..

beg Carlo Rino simple tapi cun i like
motif upload harga..haha..suke ati penulis blog la..
hehe..saya memang da aim handbag ni semasa kali pertama ke Sogo tu..tapi konon2 nak cari yang lain, yang shantik n murah, tapi tetap nak yang ni gak..hehe..xpe..setahun 1x je beli handbag (ayat yo yo o 1x lagi)..

hehe..mode saya gembira n sudah pasti tersengih2 sehingga ke minggu depan..hehe...

Tuesday, August 24, 2010

gaji dah masuk tapi tak gembira

alhamdulillah...
sedar tak sedar dah 5 bulan saya bekerja di kolej komuniti ini.dah terima gaji ke 5 juga..hari ini..he he
orang dapat gaji hepi2, huha2, berangan nak shopping sana, shopping sini..tapi saya??...ok..tipulah sangat kalau cakap takde berangan..ade..ade...tapi itu nafsu semata-mata..tak perlu pun tak apa..

kembali kepada persoalan, kenapa saya tak gembira..

tadi buat kira2..hum..hum...banyaknya hutang perlu di bayar..oh no..setelah dikira dalam buku lajur saya..balance hanyalah +-rm600..untuk seantero bulan ni..oh no..hoho..bertahan..bertahan..saya memang mampu bertahan tapi kan kita nak raya, mampukah saya??alamak..nanti mesti nak jalan-jalan sakan pe sume,balik kampung..camne ni..harap2 balance tu cukupla untuk saya sampai next gaji..

gaji bulan 9 nanti, InsyaAllah, cukup...

jadi, mulai bulan depan, saya akan kumpul kembali wang dalam akaun ASB saya supaya mencapai targetnya.ok.barulah boleh buat pelbagai perancangan.untuk masa sekarang, saya berpegang pada prinsip yang selalu kita dengar iaitu....

no money, no talk

kesimpulannya, kalau anda tak ada duit simpan, jangan mengada2 nak berangan itu dan ini.haha.apa yang saya angankan??oh oh..biarlah rahsia.haha.

oklah bye.saya nak pigi check drawing s2dent ni.hehe

Sunday, August 22, 2010

malam pertama kita

 
Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan esak & tangis sanak saudara

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benang pun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah susuk Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kita pun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Kerana sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan ke baju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk
membacanya terus hingga ke akhir.



Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke
 

''Malam Pertama Kita''

sedikit pesanan untuk dikongsi

hai readers..saya ada sedikit perkongsian info (fwd msg sebnarnya), lagi2 kepada mereka yang bergelar perempuan, wanita, gegirl..kecik atau besar, tua atau muda.single atau kapel atau triple..xkisah..semuanya boleh baca dan sama-sama kita renung-renungkan ya..

anda-anda semua mesti ade fb, friendster,twitter,tagged etc2 kan..sebenar-sebenarnya, terdapat perkara-perkara yang kite sering buat tapi kita tak sedar perbuatan tu boleh jatuh hukumnya kepada haram dan berganda-ganda haramnya:

1. Terlebih gambar
cuba bukak fb/myspace/twitter/tagged/friendster atau apa saja medium perhubungan maya yang kita ada..banyak x pic yang di upload?? ofcoz byk kan?lagi2 kalu pic kita tu semacam fotogenik sahaja..lagi banyak haku letak..ade pic jarak dekat nmpak sampai pinggang, ada yang dekat gila sampai nampak bulu idung serta yang jauh2 yang nampak 1 body..xkira la..ramai2 ke, sorang-sorang ke..cbe tgk betul2, adekah kita tutup aurat dengan sempurna??tepuk dada, tanya hati..mungkin pic kita tu bagi kita, alah, biasa2 saja,tapi bagi orang lain??fikir2kan..kalau ada orang puji2, mungkin selepas itu kita perlu berhati2..ustazah saya penah cakap " pujian tu macam baling pasir kat muka kita, bayangkan lah kalau org kerap kali puji kita??berapa banyak la pasir yaang dibaling, tapi kita masih senyum2 kambing.."

2. Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat. 
 yang ni mungkin lagi susah kita nak sedar..yelah..niat kita baik, suci dan murni..nak upload pic lama2, pic kawan2 dengan pelbagai aksi mendebarkan(ceh poyo)..saya pun baru tahu yang kita perlu minta izin empunya diri untuk tag pic mereka..mungkin mereka tak suka, mungkin mereka tidak mahu mencapapkan pic mereka..lagi2 kalau pic zaman lampau, anda dengan tocang 2, gigi hitam(eh, ini watak siapa ye) , kawan anda dengan tocang 3, gigi rongak..haha..memang mengimbau, nostalgik..tapi ingat..bgaimana keadaan kita dalam pic tu??mungkin pic kita sempurna tapi pic kawan kita??1 lagi, pic candid huha huha..yang itu paling perlu diberi perhatian..nama pun pic ramai2, candid pulak tu..jangan kita tambahkan dosa rakan kita dan gandakan dosa kita mengexpose pic2 yang xsepatutnya..tanya dulu empunya diri..

3. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
ok..isi no 3 ini adalah rentetan dari perkara no 2.da syok2 upload pic zaman japang dulu kan.tbe2 tengok.."eh, eh..bapak alim aku dulu.muke innocent gila la.ini muka zaman keinsafan ni"..ade tak terdetik dalam hati kita mcm tu??jika terdetik sahaja xpe.ia jadi salah bila kite TERpost pulak komen sebegitu rupa.niat hati nak bergelak ketawa dengan rakan-rakan lama.tapi sedar tak sedar, kita dah pun mengaibkan diri kita.seolah-olah nak announce 2 the whole world "aku kini sudah tidaksebaik dulu"..sepatutnya kita lagi insaf bila tengok pic innocent dulu2, tapi....

4.mendedahkan keaiban suami/isteri/rakan
ha..yang di atas tadi kita dah aibkan diri sendiri di paras separa sedar kan..yang ini pun lebih kurang la..perlu dihitelitekan kepada mereka yang sudah bergelar isteri, suami, bakal2 isteri dan bakal2 suami..selalu sangat la kita luahkan perasaan xpuas hati, marah, frust dekat status kita.ok.memang status kau adalah hak kau.tapi berhati-hatilah.tanpa kita sedar, status kita(yang dah dikomen berpuluh2 org) mengaibkan org yang kita sayang.menjadikan mereka serba salah.menjadikan mereka malu.menjadikan mereka TERPAKSA berbuat mengikut kata kita.maka.ghentikan lah..kerana tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. kita perlu tahu yang sebenarnya kita tidak boleh sewenang2nya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan kita secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya walaupun sekadar nak melepaskan ketensenan di hati.please dont..kalau nak crite juga, mamadailah kita kongsi dengan orang yang dipercayai.orang ye.bukan orang-orang(maksudnya bukan kongsi berjemaah la)

kesimpulan
ini adalah antara perkara-perkara yang kita sering buat.tetapi kita tak sedar..kenapa saya cakap tak sedar??sebab saya pun begitu, dan saya yakin ramai lagi yang seperti saya..apa yang kita buat tu, mungkin tak memberi kebaikan kepada kita malahan boleh menjerumuskan rakan-rakan kita sekali. berkali ganda pula keburukannya kan??takut je bile taw.jadi apa lagi.mari bukak account masing2, renung2kan apa yang patut.

Saturday, August 21, 2010

rupa-rupanya encik ken*** dah tahu

haha..entry yang xperlu dieleberate lagi..ok..ada faham??

konon2 kamu ingat kamu luahkan hati kat sini, beliau tak tahu??hahaha..sila lah gelakkan diri kamu sendiri pareed..xperlu berbangga dengan kerahsiaan ini kerana ini bukannya rahsia lagi.bukan dan bukan..

setelah bertanya secara live kepada empunya diri, en ken***, rupa2nya, beliau dah tahu kewujudan blog saya ini..ooo..saje2 je xnak bagitau saya ye..ken*** betul!!hehe..

harap en ken*** xmarah ye..saya bukan nak rahsia, saja2 nak wat suprise konon2nya..hehe..jadi tak??harap2 kamu xde simpan pape dalam hati ye..hehehe...

alang2 en ken*** dah baca, bia saya hitelitekan ape yang saya nak sampaikan kepada anda ye en ken***

1. saya nak tengok INCEPTION
2. saya nak baju kebaya jarang cantik tu
3. plis dont2 ever main2 di jalan raya, ingatlah saya orang yang tersayang

sekian~peristiwa kekantoian yang sudah lama sebenarnya.haha.masih menggelakkan diri sendiri.ayuh rakan2 gelakkan saya juga...

Thursday, August 19, 2010

setiap kali pun macam ni!!

cehwah cehwah..tajuk entry macam mahu marah saja di bulan puasa yang mulia..erm....erm....bukan2..

sebenarnye..pelik dengan diri sendiri, setiap kali weekend menjelang, mesti mengalami masalah yang sama..masalah negara biasa saja..setiap kali weekend, mesti la kompius..aku nak balik umah kakakku di rawang ke x?balik ke x..balik ke x..menjelang weekend je, keluarlah status2 yang berbaur kompius di wall fb saya..hee

bile dah pagi2 ni..baru la dapat wat keputusan..BALIK!!!harap kakak saya sudi memasakkan makanan yang enak-enak untuk berbuka nanti..(kalau dia masak sardin je pun tetap sedap sebab makan ng family kan)..sob..sob..

cerita lain:
minggu ini, kerjaan seperti biasa..kulipegawai  berbayar ni mesti agak2 bizi dengan kerja yang bukan P & P, tapi saya tetap menyelesaikannya..itu tetap tanggungjawab saya kan...bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...lagipun bukan la susah +cbuk sangat pun kerana saya masih berpeluang menfb dan memblog..kan..kan...

antara kerjaan bukan P&P:
1. kehulu & kehilir ke rumah student untuk majlis berbuka puasa..seronok sebab dapat makan free beramah mesra
2. selaku jawatankuasa disiplin, memarahi menguruskan student semasa majlis berbuka puasa supaya bersifat sopan santun seperti saya
3.menyelesaikan saki baki kerja penjelajahan 1 malaysia iaitu membuat sijil, beribu-ribu lemon(sangat tipu sampai beribu)
4.mendeal dengan syarikat pembekal berkenaan barang-barang unit senibina (masih belum dihantar lagi)

ok..itu sahaja..sedikit sahaja kerjaannya tapi ia menyesakkan saya sepanjang minggu..
sedikit gambar hiasan:

majlis berbuka (camtulah gaye, xsopan!)

mari dengar tazkirah

Sunday, August 15, 2010

aku annoying

annoying gile la ak akhir-akhir ni..sume bende yang ntahape2 pun nak cerita kat sini..hehe..saya rasa akhir-akhir ni entry saya annoying, xtahu lah kenapa.sebab saya baca pun rasa annoying gile penulis ni.bajet hot.bajet bes.ha ha

Alhamdulillah, kita dah berpuasa untuk hari ke 6,dan saya masih mampu berpuasa dan berterawikh dengan baik..saya kadang-kadang terfikir...adakah saya sempat nak merasa ramadhan tahun hadapan..setiap kali lepas solat isyak di surau Taman Pertama tu, kami akan membaca tahlil..dan setiap kali saya mesti terfikirkan hal itu..huuu...Ya Allah, ampunkan dosa-dosa aku, keluargaku, sahabatku dan umatmu seluruhnya Ya Allah..matikanlah kami dalam iman..

pernah dengar tak kata-kata ni?mari kongsi..

jangan dinanti tibanya hari esok kerana esok pasti ada, cuma dikhuatiri tiada esok bagi kita

renung-renungkan dan selamat beramal

Thursday, August 12, 2010

ini adalah rahsia

semalam..12 ogos 2010..

saya berbual-bual dengan kawan saya yang merupakan kawan special semasa zaman cinta monyet dulu.haha.sangat monyet sebab masa tu baru je 14 tahun.ha ha

dia macam aneh-aneh la.dia tanya saya, "saya dengan bf saya (en ken*** )tu, betul2 ke"..ish2..ape punya soalan la..ofcoz la.."kamu igt saya ni apa??"aduh2..pastu tak semena-mena dia tanya saya, "kalau dia x ada makwe (sebab setahu saya dia ada), adakah saya pilih DIA atau EN KEN***?"wat the hell heaven of soalan setelah bertahun2 saya tak jumpa dia.malahan saya tak tahu perangai dia macam ape sekarang ni.yela.dah tak jumpa..hampir..hampir..8 tahun..

awak2 orang mesti tahu, macam-macam boleh jadi dalam 8 tahun.tempoh masa yang sangat lama tu.

tapi..tapi.. saya hampir-hampir menjadi confius la.mungkin sebab dia hensem, maka saya terconfius .mungkin sebab dia belajar di luar negara, maka saya terconfius lagi.mungkin sebab saya pernah suka dia dulu2, maka saya terkonfius sekali lagi.tapi sebentar sahaja ok.lepas tu saya tersedar balik.wake up pareed!wake up!

awak2 orang rasa saya jawab apa??

walaupun dia dah balik malaysia..tapi saya tekad xmahu jumpa dia.tak ada keperluan pun.walaupun saya pernah ada ura-ura nak kembali kepada dia, tapi saya takkan.itu hanya ura-ura semasa saya single dulu.

saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang.Alhamdulillah.diharap anasir-anasir negatif dari luar dapat dihindari.

sedikit kata-kata hikmah:

Bila Kite Berjumpa Dengan Seseorang Yang Kita Sayang..Jgn Lah Kita Mencari Lagi Yang Lebih Baik Dari Itu..Kita Patut Hargai Orang Yang Berada Di Depan Kita Sebaik2nya...Dan Ingat Lah Orang Yang Paling Kita Syg Itulah Yang Paling Cantik Dan Paling Baik..Walaupun Nak Ikutkan Banyak Lagi Yang Cantik Dan Baik...♥♥♥.....

Wednesday, August 11, 2010

makhluk asing di daguku

cet..poodah..hampeh pnye jerawat besaw ni..tbe2 nak ade kat dagu aku..


ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!

Tuesday, August 10, 2010

selamat menjalani ibadah berpuasa

selamat berpuasa semua rakan dan taulan..

saya sangat berazam untuk menghabiskan bacaan al quran saya sepanjang ramadan ini..dari dulu masih lagi juzuk 5 tidak bergerak2..bagi saya sikit-sikit lama-lama jadi bukit..tapi bukitnya tak nampak-nampak..

insyaAllah, saya cuba untuk menghabiskannya sepanjang bulan ramadhan ini..hehe

ekspedisi jelajah 1 malaysia

pertandingan melukis poster
ramai-ramai-ramai
mewarna kanak-kanak
majlis perasmian    



Saturday, August 7, 2010

malam yang sepi

malam yang sepi pi pi
pak mat jual topi pi pi
topi yang koyak yak yak
pak mat jual tempoyak yak yak
tempoyak yang basi si si
pak mat jual besi si si
besi yang karat rat rat
pak mat pareed buang tebiat at at

bosan woo...mls la nak g kolej sok..malas dan malas..oh jelajah!!

Sunday, August 1, 2010

bersama encik ken***

weekend oh weekend..kau kembali lagi..saye xbalik pahang minggu ni, walaupun rakan senior smkap saya berkahwin..oh..oh..maaf kokja, SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan..saya xdapat pulang kerana tidak laratnye mahu pulang ke pahang terlalu kerap..sabak--->kL (3 jam)kL--->pahang(4jam)=maka 7jam perjalan diperlukan.itu tidak dikira berhenti membeli dan membelah lagi..ha ha..

ok2..sebenarnye entry kali ni berkaitan dengan tajuk di atas la kan..hehe..jgn keluar tajuk, nanti xde markah woo ko punye penulisan..xpenah2 dapat markah teruk taw..A++ je sokmo...ops..keluar tajuk sket..hehe

1 & 2 Ogos 2010..penat2..2 ari mengukur jalan di selayang +kL..sabtu g tgk movie..SALT..ceh..igt bes sgt..bese2 je..trailer mcm la bes sgt..so-so la..hehe..sbnrnye nk tgk INCEPTION, tp...tp..ntah, xtertgk plak..hehe..dgr cte cmbes gile babeng je cte tu..ekeke..wallahualam la..

pastu p JALAN TAR..niat mahu berjalan menshopping, tp round xabis pom..en ken***tu la, da berpeluh bagai, panas la hape la..(mmg panas pom + ramai org)..kesian plak saya tgk die, kang pengsan, xlarat den nk mendukung.eh..eh..memapah pom xlrt..nmpak sgt beliau berat..haha..ops..sori en ken***, mengumpat pule..(xpe, de xtaw saya ade blog ha ha gelak jahat gila)..kawan saya cipikah soh sye tgk baju kebaya..wow..memang AMAT SANGAT TERLALU lawa gile..saya pom berminat juga..tapi jarang..hehe..maka tidak akan membelinya walau hatiku berkobar2..

eh2 pareed oii..ckp mcm ekau sbelum ni xpakai baju jarang2..dlm almari yang penuh baju jarang tu ape kes??hehe..ok..senang cakap, saya sekarang menuju ke era keinsafan la...pareed skarang bkn pareed yang dulu..saya xcakap saya dah jadi baik, tapi saya tengah cuba..(niat pom da dapat pahala kan)..
inilah baju tu..santik kan..hehe
                                             
         
kemudian, meneman beliau bukak pose pizza hut yum2..large plak tu..tp sye mkn 2 stgah slice je..bukan diet ok..saya mmg perut kecik, wat 2 say..tambah pulak diserang angin sengugut scre tbe2 ade, tbe2 ok..4 biji panadol haku telan..pastu baru lega sket..


meneruskan perjalanan ke tesco membeli barang2 keperluan ku..ekeke..

  en kent** yang excited pgg parrot kat Tesco
                                   

soknye tgk movie lg, SORCERER APPRENTICE..huhu..gle x kau..weekend tgk 2 movie, haha..gilos kayos de amos..ops..en kent** blnje..sori bang..nex tyme i blnje plak k..

gambar hiasan
                                    

p/s:
-en kent**, saya teringin baju tu..pertimbangkan lah..hehe...
-sapikah, cantik baju tu,sgt cntik..sgt.....kelak kau akan menyesal..haha

emak saya

weekend berturut-turut saya pulang ke kampung halaman..mak saya sakit..asyik demam & baik, dah hampir 1 bulan..risau sangat..yelah..macam2 penyakit kan sekarang ni..minggu baru ni, memandangkan baru sahaja dapat gaji, saya dan kakak saya bawak mak g KPJ..and sekarang, nampak macam dah ok sket..dah xde demam2 lagi..saya bagi mak minum air energized biodisk, nak beli sendiri xmampu, housemate yang pinjamkan kaca biodisk tu...
mak saya orang terpenting dan paliiiiiiinggggggg saya sayang dalam dunia..sob..sob....

lagu ni kadang2 wat saya touching sampai menangis..rindu pada mak saya...T___T


UNTUKMU IBU BY AEMAN


Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu.



sayang mak saya