BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

we are in love..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

truly in love?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 27, 2010

kursus praperKAHWINan @ Masjid Negara

sweet gile la plak lagu alif aziz n joanna, kalau cinta..hehe..kalau syg xperlu marah..apekah..ayat tu tidak saya setuju lansung..ngeh2...*tetibe

ok2.memang hobi sy mmbuat summary segala lawatan n aktiviti sya kan..
25/12/2010:2.30pm-7.00pm
26/12/2010:8.30am-6.00pm
Masjid Negara

kursus nampak pack tp rilek2 je..tadah telinga je smbil lentokkan kepala dekat bakal hubby tiang..ade 6 sesi dgn mcm2 perangai penceramah..the beginning n ending adalah paling bosan dgn penceramah yang bermode bosan juge..sesi ke 2-->5 adelah bes.kelucahakor..lawak..haha..my fovourite 1 adelah penceramah 2nd session tu, tp xigt la nme ustaz pe. lawak antarabangsa byk wo..smpai sakit pipi gelak sakan..tp kalau lelaki tu, termasukla en bakal hubby mesti suke ustaz yg &^%W&Q% tu.kompom.gelak kuat xhengat.ish..buat malu sye je..

peserta agak ramai(kata urusetia tu la)..sye kire2 mau 200 orang tu..penceramah diiktiraf, berpengalaman serta best(kecuali ade sesi yg bosan tu), jadi kl sape2 rase nak p kursus tu, kat masjid negara pom ok juge..smbil2 tu dpt le solat berjemaah kat masjid, sgt bagus..yuran cam bese RM80 atau RM0 bagi yang ditanggung oleh bakal..ngeh2.

teka-teki feberet:dalam byk2 burung, burung apa yg gerak depan n blakang je??haha....ace jawab..

sudah2.ayuh bekerja!!

Tuesday, December 21, 2010

my dodo was sick

hmm..dodo..dodo..knpe sakit ni..sian mummy tgk..bru telan mknn je da buang blik..xtau nak buat ape dah..bagi makan nasi, dodo muntah balik.bagi mkn ikan je, tp blom sempat msuk dlm perut dah poo2...dodo dah kurus, dah xmain mcm dulu, dah x aktif..

da bwk jumpe doc pom sama je..sakit ape budak dodo ni..huwaa...mesti dodo nak ckp dodo sakit kat mana2 kan, tp mane la mummy nak fhm dodo meow2 tu..kdg2 rse nak ngis je tgk dodo tu..keje sakit je..sbb mummy xpandai jaga ke dodo sakit..ke sebab dodo main kat lua..ke sebab dodo ade pakwe yang jangkitkan dodo pnyakit..huu...

jap lagi nak kua cari air kelapa la..mak dulu2 kalau meow sakit je bg air kelapa..nak try lak la ubatan tradisional..harap2 berjaya..dodo cepat sihat ye...

im a sexy girl
dodo miss her daddy
like 2 watch bang2 boom
dodo favourite place-on lappy

Thursday, December 16, 2010

sijil modular kebangsaan

erm...what should i called it..erm..sijil modular aka SMK..satu transformasi untuk pengukuhan kolej komuniti..personally, ak xbrape ok dengan kursus yang bakal dilaksanakan ni..tapi ade pro n kon..

skrg tiada mud untuk bercerita lagi berkenaan sijil tersebut..cuma nak cakap ak sgt PENAT dan SERABUT KEPALA HOTAK dengan kursus persediaan P&P ni..arghhhhhhhh...terasa macam semua kerja ak buat..semakin lama semakin xefektif, semakin masam muka maka semakin berkedut lalu semakin nmpak tua..oh no....penamatnya yang xsuka tu,NAMPAK TUA..kalo tua je xpe sbb mestilah kita jadi tua kan..ni x...nampak tua walaupun kau masih muda remaja..tidakkkk.......

Monday, November 29, 2010

sambungan DISASTER day: hari menanda kertas exam

30/11/2010..erm..should i describe it as DISASTER day in my life..aiyoo..xhabis2 ng disaster ko tu ek..skrg musim menjawab exam bg student2 Kolej Komuniti Sabak Bernam.musti dorang ponen kepala nak menjawabnye..juga bermakna musim menanda kertas exam bg pensyarah2..musti berganda2 kepeningannya.baru saje selesai menanda 6/27 paper..semalam 3 paper and hari ni sambung lagi 3 paper..lembab kan?kenape lembab??kalau saya cepat2, rasanya semua student bakal dapat 0 markah bahana kemarahan saya bile tengok paper diorang..nak tau macam mane proses penandaan kertas??:

1. mulakan dengan bismillah & senyuman lebar ye
2. letakkan kertas jawapan & skema jawapan di atas meja
memerlukan meja seluas saujana mata memandang

3. eh, ketepikan skema jawapan kerana skemanya ada dalam kepala otak.xperlu berbuat2 skema. gantikannya dengan pen merah sahaja. tidak dilupakan borang markah(JMK)

gunakan ballpen, jangan guna ARTLINE MERAH 0.2
4. cube tengok jawapan student dengan berhati2 dan dengan senyuman


gaya rupa dah ada tp kenape susunan pelik??

5. Cuba beristighfar & senyum, sambil me'rait'. lalu menulis markah pada borang JMK sebentar tadi

isi mengikut pecahannya ye
6. sebelum tu kena bagi markah pada bahagian tepi kertas jawapan student. dah ada space untuk markah ok??

erk.ini perkara mudah kan
7. selesai proses menanda.
8. hasil dapatan markah adalah 2 sama ada saya tersenyum riang gumbira
kertas putih bersih berseri

atau masam mencuka
conteng, conteng lagi

inilah akibatnya:
akibat keTENSENan
sekian.

Sunday, November 21, 2010

hari DISASTER?

hari ni hari isnin.hari DISASTER bagi sesetengah makhluk bergelar pekerja.bagi saya isnin ke selasa ke rabu ke hatta jumaat sekalipun adalah biasa sahaja.kerana semuanya akan bergantung kepada jadual kuliah.jika hari isnin tiada kuliah, maka tidak perlu saya istilahkannya sebagai DISASTER day in my life.kah kah kah.teringat semester januari lepas, jadual saya adalah free isnin & jumaat.maka, hari2 bekerja adalah heaven saja.itulah kebahagiaan dalam perpisahan pekerjaan.

baru sahaja selesai membuat kertas kerja dan segala macam surat memo lampiran peta senarai nama jadual sepanjang kursus senarai peralatan senarai menu pesanan kerajaan LO dan berbagai2 lagi benda bersempena dengan kursus P&P SMK(sijil modular kebangsaan)lukisan persembahan..kursus akan diadakan selama 2 minggu di kksb, maka ini barulah boleh diketegorikan minggu/hari DISASTER sebab..sebab..kamilah urusetia ajk dan segala macam jawatan tak dipinta jatuh ke riba cewah.sudahlah kawan saya nak berumah tangga pada hujung minggu kejadian kursus ini, saya akan buat selamba dek dek je pulang ke pahang.xkira.saya dah tetapkan iman.cewah

baru juga selesai membuat SKT..eceh..sumbangan biar konon2 banyak walaupun kadang-kadang sambil buat sambil mengomel(mengomel dalam hati)..tapi penuhla jugak kan saya menaip segala macam kerja kerjaan yang dilaksanakan.apa lagi.nanti cepat naik pangkat lalu pindah ha ha ha ha

hehe..percayalah..hanya orang tidak bersyukur saja yang ketegorikan hari-harinya adalah DISASTER..seDISASTER mana pun hari anda, bekerjalah dengan ikhlas.pesanan untuk diri sendiri juga..:)

*hari-hari mencari chocolate imdulgnce tak dapat dapat adalah DISASTER.sob T___T

Sunday, November 7, 2010

elle watch elelele

special thanks dedicated to him..for this lovely watch..luv it very much..luv u very much juge..hehe(post macam ni xleh wat kat fb nanti ramai orang wat spekulasi pelbagai)

RM****(untuk mengelakkan title materialistik terhadap empunya blog)

hoi2 jam pun nak berposing ke
 p/s:jika ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, jika ada umur yang panjang, jangab segan2 membelanja saya agi..:)

Tuesday, October 26, 2010

kaler lanskap

wow.dah lame xupdate psl kerja.asik2 bab lawatan je..skrang tengah kelas, tapi rilek2 slambe dek2 je mengupdate blog..hihi..kenape..kerana s2dent kelas semester 2 ni hanya 4 orang.baik2 pula tu..ok..sebenarnya terpaksa ganti kelas en paed, seminggu woo dia mnyeksa diriku..ceh..pastu bes2 je ye g endau rompin..aish..jeles..dah le dekat ngan rumah sye..huwaaa....

mereka tengah menkaler lanskap..cantik juga.buat saya rasa gatal nak mewarna pula.hihi.takpe.ingat nanti nak beli buku mewarna lah.ben10.heh.tapi kalau buku sailormoon lagi saya suka kaler.

ok lah.saya nak mengedit dan memformat soalan exam pula sambil menonton pelajar menkaler lanskap.

Friday, October 22, 2010

Thursday, October 21, 2010

gambar seksi menggoda

eceh.tajuk xleh blah.pdhl seperti dijanjikan, nak upload pic p petrosains kan..terimalah:
















dengan kuasa bulan, akan menghukummu



sekian.kah2.sudahla pic kecik.1 plak tu.jahat kan..dah upload dlm fb.kalau nak wat lawatan bergambar, sile ke sini: http://www.facebook.com/#!/album.php?aid=2101200&id=1221954573

*hati berbunga2 riang sejak semalam..hehee:)

Sunday, October 17, 2010

petrosains klcc,camera dan dot dot dot

blog ni dah ibarat mcm blog lawatan sambil belajar lak kan.hehe.
hari ni saya puasa woo..puasa ganti gantian & puasa untuk poket yang hampir kosong.oh.

petrosains:menarik, tertarik kau memang da bomb.ekeke. ditambah dengan penyambut tetamu yang sangat comel(haha, kawanku si illie farhana la), memang memukau betul petrosains tersebut berbanding akuaria.kalau dinisbahkan dengan peratusan pemukauan hasilnya adalah

                                       akuaria : petrosains (%)
keMENARIKan                     30 : 70
keMAHALan                         70 : 30
MUTU gambar                       20 : 80
keSERONOKANan            100 : 100      

bias x?keseronokan dua2 nak letak 100..kenapa??sebab memang saya seronok kalau bab berjalan2.itu memang saya suka.hehe.

gambar akan diupload kemudian.kali ini memang gambar boleh dikatakan bermutu berbanding dengan akuaria. xde la setanding DSLR Nikon d5000 yang bakal dibeli oleh incik ikhwan tu(xkira, mahu pinjam juga,mahu,mahu), kerana saya hanya menggunakan camera samsung ES55 yang biasa2 tu.sob sob..T_T

*incik,boleh x nak jugak DSLR,wat hantaran ?
request ini sudah pasti ibarat masuk telinga kiri, keluar ikut telinga kanan.hanya sekilas & tidak akn dilayan.T__T

mencuba burger mcD baru.black pepper spicy chicken mcdeluxe(hscmd).xde la sedap pun.erm.keras je tepung dia.xbes kalau dibandingkan dengan kesedapan gsb.mahukan peratusannya?

                              gsb: hscmd
keSEDAPan            99:1
keBESan                 99:1

membuat pemerhatian awal ke atas cincin.poyo ah kau.lambat lagi tp dah tengok2 ape kehal yop.ntah.walaupun pasti akan dibeli laaambaaat lagi.masih tiada sijil yang sah untuk berkahwin malahan ilmu memasak masih negatif lagi.oh oh.yang paling menjadi batu penghalang adalah..kerja saya.cepatlah confirm supaya saya dapat buat perkara lain seperti berpindah.bernaik gaji.berkursus wajib biro tatanegara,dan induksi.selepas selesai semua itu, baru boleh fikir masa depan lain.hum..

pemerhatian awal ke atas penempatan baru, boleh dikatakan memberansangkan.walaupun kalau ikut plan, perlu berulang pergi & balik>80 minit.wow.erm.xpe la.yang tu pun xperlu fikir lagi cuma otak saya memang pemurah dengan idea awal tentang isu itu.untuk pengetahuan:bab2 yang tu memang laju, kalau idea bab design..slooowwww macam siput.dah tengok macam2 design pun kadang2 xlayan jugak.nak sketch idea?haram...ape kehalnye yop.

ok la.gambar nanti next entry la masukkan.kan kabel xkejumpaan hari tu.hehe.sedang tunggu kabel jatuh ke riba.

bye2 adios

Thursday, October 7, 2010

berjumpa bakal mentua

sebelum tu kompius jap..mentua atau mertua atau mengtua?yang pasti saya belum mengtuakan diri.
ini cerita benar.bukan tajuk main2 mengenakan orang seperti tajuk entry sebelum ini.(igt x entry menuju alam perkahwinan).haha

ini memang cerita saya.pada syawal baru2 ini, saya memergikan diri ke rumah bakal..oh..bakal ke..gile perasan. (masa tulis ini penulis sedang blushig shing shing) mentua saya.ok.sebenarnya sangat segan dan malu (pemalu kan haku) tapi buat2 cool fever je la pada hari kejadian.meminum air dengan ayu dan memakan dengan anggun.haha.malu ok.malu..sekarang pun saya malu nak cerita.

result dia lulus 110% kan incik ikhwan??sungguh cemerlang gemilang & terbilang result memandangkan ibu bapa anda tidak tahu saya tidah tahu lansung mahir  memasak.haha.such a perfect good future daughter-in-law.sedangkan anaknya kata xpe, apatah lagi ibu bapanya,lagilah xpe.kot.(pepatah baru dicipta oleh saya tapi kenapa ada kot?)

itu sahajalah kali ni ye.xdapat mengulas lanjut.(penulis berase malu2 kucing comel teramat sehingga tidak dapat bercerita lagi,sekian)

saya si pemalu

Tuesday, October 5, 2010

fish-fishin-fishing at akuaria klcc

sempena hari cuti pada ahad yang lepas, saya telah memergikan diri ke akuaria bertempat di KLCC..tarikhnya 3/10/2010, bersama2 dengan mr ikhwan..bagi yang berminat, ini adalah bayaran masuknya:
untuk maklumat lanjut anda boleh layari: http://www.klaquaria.com/

gambar memang xberapa nak cun sebab guna phone camera je.camera ada tapi den pun xpaham kenapa nak tinggalkan camera kat umah.ish2.nyanyuk betul la beliau.hehe.jgn salahkan den, camera den bateri xde, kabel hilang xtaw letak mana.ops.itu tanda2 nyanyuk jugak kah??tidakkkk!!!

 ok.gambar xcantik tapi seronoknya adalah cantik.sangat cantik.paham x maksudnye? cukup la kalau saya katakan ianya adalah pengembaraan lawatan yang penuh liku2 & cabaran getir keseronokan.hehe.

p/s : jika datang jangan lupa membawa camera bermegapixel yang besar supaya anda tidak terkilan di kemudian hari-sekian-

Monday, September 27, 2010

menuju alam perkahwinan

tahniah saya ucapkan kepada sahabat saya sejak zaman tadika, bersama2 menjadi pom2 gurl, puan Syazwani Safrra yang menamatkan zaman singlenya, 25/9 baru2 ini..

saya bergerak ke sana pagi2 lagi, bersama rakan2 SMKAP, Cik Illie, Cik Hasfa dan Cik Paie serta pemandu yang diimport khas dari bangladesh Batu Caves, Incik Ikhwan dengan menaiki WUC ku..hoho..

perjalanan yang penat kerana tidak boleh tidur, rakan2 yang bertiga tu keje asik kroih3 je,adoiyai..kalau saya pom kroih2, abis la pemandu pom kroih2..maka saya pun bertahan sahaja.demi keselamatan kami.hehe.

perjalanan WUC sudah menjangkau 6000km:
Rawang-Batu Caves-kL (The Mall,KLIUC)-kuantan-pekan-muadzam-kL(UKM,UM)-Batu Caves-Rawang-Batu Caves

ready duit, kereta kau dah nak diservis..

saya doakan semoga Saffra berbahagia sehingga akhir hayat.

reunion1
sapp yang mantop

Tuesday, September 21, 2010

pareed menangis?


ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya


ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
akulah hati yang telah kau sakiti

~lagu ini tiada kaitan dengan penulis blog, yang berkaitan hanya perkataan berwarna *~

sedih betul semalam bile kena marah..sampai menangis kau punyalah sensitif gila, padahal memang salah kau pun kan..kan..admit it lah cik pareed oii..

Tuesday, September 14, 2010

raya mengingatkan saya kepada dia

first entry for this month..of coz la cte sal raya kan..hari ni dah raya ke 6..mula tengahari nanti nak beraya di rumah rakan-rakan sekitar muazam ni..stok baju raya dah xde jadi mungkin akan ulang pakai atau pakai saja baju tahun lepas.hehe

raya..raya..raya..seronok ke raya korang kawan2??mesti masih lagi best gitu..bagi saya, honestly, raya saya xde la seronok sangat pom.biasa2 macam hari biasa2 je.mungkin seronok kerana dapat cuti + makan macam2+bersama family.itu sahaja.the rest..erm..sangat biasa.betullah orang cakap, raya ni untuk budak-budak je.

rutin biasa setiap kali raya menjelma..malam tu of coz la kena tolong mak saya masak (saya seorang yang sangat tidak minat memasak).

syawal 1:pagi2 pegi semayang raya, balik makan, salam ngan family yg berterabur.xde beratur2 kepoyo2an macam dalam tv tu..biasa abah takde 1st raya sebab de sorang je balik kg.kami2 ni raya ke 2 baru blik kg.then, tgk tv..kalau jiran2 ada, g la beraya.biasanya 2 rumah wajib la g beraya .then balik.tgk tv lagi."makan.tgk tv.makan.tgk tv.makan"(ulang frasa " tersebut sehingga muntah ok).

syawal 2:pagi2 gerak blik kg(batu 6,panching,kuantan), g melawat kubur arwah abang saya..dulu2 raya saya memang best lagi2 masa arwah ada, sebab saya memang 24 hr ikut bontot dia, sampai penah kena marah ngan abah sebab naik moto merayau ngan dia(masa tu nak blik terengganu, tapi kami telah menghilangkan diri beraya).hehe.masa tu kecik2 lagi.n saya masa tu masih anak bongsu.hehe.jadi pembonceng setia.kalau bleh, p toilet pom saya nak follow gak..saya rasa sejak abg saya dah pergi, memang raya saya dah x seseronok dulu.kadang2 saya sedih lagi2 bila pergi melawat kubur arwah.selalu cover2 nak nangis sebab kalau saya nangis takut mak saya pun join saya sekali..dah 9 tahun arwah abang takde tapi saya tetap igt kenangan masa arwah ada..semoga abang saya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..amin..
 ~al-fatihah~

faizal-fazila-farida

selepas balik dari kubur, baru balik rumah nenek, makan2, mintak maaf ngan abah sume..then baru lah g umah sedara mara.1st,umah makcik saya wajib makan lemang, then umah2 lain(itu ikut mood mak saya nak g ke tak)..saya follow mak saya je.xde lah baik sangat even dgn cousin2 pun sbb masing2 dah besar.dulu masa kecik2 je main sama2.sekarang dah duduk muazam, balik pun jarang.diorang pun dah beranak pinak.family kami je yg masih berkeluarga asas.cume tambah abang ipar sorang je.dah habis beraya, balik muazam.

syawal 3:makan.tgk tv.makan.tgk tv.online.beraya rumah rakan-rakan muazam.layan kawan2 yang datang.borak sakan sampai malam.hehe.sementara masih belum berumah & tangga, bolehla melepak dengan rakan2 sampai lewat malam.hehe.masa ni la nak korek rahsia, dengar luahan perasaan.biasanya saya menadah telinga je.

begitulah rutin setiap tahun semasa raya.jadi tahun depan,xperlulah saya letak entry raya lagi sebab anda boleh refer cerita ini sahaja.hehe.kecualilah jika saya sudah berkahwin, mungkin ade perbezaan jalan cerita di situ.

Tuesday, August 31, 2010

bukit jalil vs hentian putra

hahahaha...
hahahahaaaa...
hahahaahhaaaaaa...

 mari gelak dulu walaupun tak tahu cerita..

semangat punya pasal..macam2 bleh jadi..benda yang betul boleh jadi salah..haha

orang turun kat hentian putra, dia tunggu dekat bukit jalil..semangat punya pasal, turun awal gile tapi salah tempat..siap leh xperasan dia salah tempat..xpaham betol..hehe

view dari hentian putra

xnak lupa la peristiwa 30/8/2010...

kau kata kau tak ada duit versi carlo rino

tajuk entry ditujukan khas kepada empunya blog..haha..

kau kata kau xda duit, kau kata duit kau tinggal 600..
tapi kenapa ada macam beberapa helai tudung siap dengan baju kurung baru lagi disambar di jalan TAR??

haha..persetankan kata2 kau tak ada duit tu..ok..dah tau da..asal cakap je xnak kalah..insaf la..nak berjimat la..yo yo o je..mesti peluang tok survive bulan ni adalah tipis.tapi masih boleh.mari berdiet nanti.hehe.jangan bergerak ke mana2 selepas naik cuti raya ok?hehe

ok..sekitar cuti merdeka..saya banyak mengukur jalan.jalan tar kL-jalan tar kuantan-jalan tar kL-sogo-sogo lagi=sambar beberapa item menarik.hehe..untuk raya + kerja..2 in 1..eceh..kalau la rumah sebelah jalan tar, kompem hari2 pigi..hehe..

ok semua..mari berkongsi kegembiraan kerana saya mendapat durian emas yang runtuh dari langit beserta dengan sedikit berlian di atasnya..(ayat metafora xleh blah)..saya ada handbag baru..suke sangat handbag ni, hehe..time kasih incik ikhwan, menghadiahi saya sebuah beg yang sangat shomel..

beg Carlo Rino simple tapi cun i like
motif upload harga..haha..suke ati penulis blog la..
hehe..saya memang da aim handbag ni semasa kali pertama ke Sogo tu..tapi konon2 nak cari yang lain, yang shantik n murah, tapi tetap nak yang ni gak..hehe..xpe..setahun 1x je beli handbag (ayat yo yo o 1x lagi)..

hehe..mode saya gembira n sudah pasti tersengih2 sehingga ke minggu depan..hehe...