BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

we are in love..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

truly in love?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 25, 2011

taman botani perdana visit

ni pic sebulan lepas masa bermanja-manja berjalan-jalan kat Taman Botani Perdana aka Taman Tasik Perdana..
  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

u ckp wedding nnt nak photoshoot kat sini kan..insyaAllah..:)

Saturday, August 20, 2011

malam seribu bulan

salam semua..sedar tak sedar, sekarang dah hari ke 21 kita berpuasa(bagi yang berpuasa penuh)..bagi sesetengah orang, mungkin baru puasa yang ke 15 sebab period keuzuran.hehe..rasa cepat sangat berlalu..hari tu baru je dengar pengumuman puasa..tup tup dah tinggal 10 malam terakhir..T__T..rasa sedih pun ada..niat untuk khatam Quran bulan puasa ni, macam tak berjaya je..macam tak sempat..tapi tetap akan cuba sedaya upaya..bantulah aku Ya Allah..jadikanlah aku hambamu yang RAJIN..amin..

bila dah tiba 10 malam terakhir ni, semua akan berebut mengejar malam Laila Tok Kadar Lailatul Qadar.. kan..tapi ada jugak yang mengejar sale di mana2..saya dengar orang cakap, bila malam akhir2 ni, dah tak ramai orang di masjid/surau.masing2 berebut ke Uptown la, Ekspo la dll membeli keperluan raya.saya pun xpasti kenyataan tersebut benar atau tidak.sebab saya adalah golongan yang terpaksa tidah hadir ke sana sebab tut...(sila faham2 sendiri)



“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a.

Cerita Lailatulqadar...

APA TU???
Lailatul Qadar adalah satu malam yang mana AlQuran diturunkan..sepertimana firman Allah SWT maksudnye:

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Bayangkan la..malam tu je umpama kita beribadat macam seribu bulan..1000bulan/12bulan=83.333 tahun..umur kita pun belum tentu sampai 83 tahun hidup..

BILA?BILA TU???
dikatakan malam Lailatulqadar akan berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan iaitu pada malam ganjil..malam 21,23,25,27 or 29..petua Imam AlGhazali & para ulama' menyatakan sekiranaya permulaan puasa jatuh pada hari:
  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.
Wallahualam..untuk kepastian.lebih baik kita sama-sama meningkatkan ibadat setiap hari terutama bila dah hari2 terakhir Ramadan ni..mana tau rezeki kita tahun ni bertemu malam Lailatulqadar..:)

CAMNE NAK TAU??

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antaranya:
  • malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa,tidak dingin dan tidak panas
  • esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa(warna pucat) 
  • Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
NAK BUAT APA MALAM TU?
Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran. 

APA KELEBIHANNYA?? 

  • malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan
  • Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala 
  • Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a. Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.(istimewanya kita sebagai umat Nabi Muhammad kan??)
  •  Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul-Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bernafaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menrima dan memakbulkannya. Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu:-
    1. Orang yang kekal minum arak.
    2. Orang yang derhaka kepada ibubapanya.
    3. Orang yang memutuskan silaturahim.
    4. Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perbualan nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin mendekatiMu?”
· Allah: “Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin RahmatMu?”
· Allah: Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat”
· Allah: Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?”
· Allah: Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?”
· Allah:Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!”

SO??
Apa lagi yang difikirkan??jom kita sama-sama memeriahkan 10 hari terakhir ramadan dengan beribadah kepada Allah dengan ikhlas..InsyaAllah, kita akan dipertemukan & memperoleh keberkatan malam Lailatulqadar..amin.... 

 

Sunday, August 7, 2011

kusyuk dalam solat

ya Allah, hari ni dah hari ke 8 Ramadhan.sekejap je masa berlalu.orang cakap anggaplah ramadhan ini adalah ramadhan terakhir, supaya nanti kita akan beribadat bersungguh2.sebab ramai di antara kita yang tak sempat menjalankan ibadah puasa pada tahun ni sebab di jemput oleh Nya..takut bila dengar.mati itu pasti.kan.cuma tak tau lambat atau cepat.

oh oh.xperasan plak dah macam sesi tazkirah kat atas ni..

hmm..sebenarnye nak mengeluh pun ada, nak mengadu tiada siapa sudi mendengar..ceh.ayat sedih..biasa lepas semayang maghrib, saya dan rakan-rakan akan pergi ke surau berdekatan rumah saya. solat isyak & terawikh.jalan kaki je.sangat dekat dengan rumah jadi agak xkisah jika berseorangan..T__T..tapi ntah la.susahnye nak kusyuk bila solat tu.xtau la kenapa.mungkin faktor persekitaran.solat sebelah kanak-kanak yang sok sek sok sek masa semayang, terjenguk ke kiri ke kanan (menyebabkan hati mengomel).siap hari tu masuk dalam mimpi lagi pasal peristiwa tu.hmm..pastu ada satu hari tu, solat sebelah hamba Allah ni, dia punya bacaan, punyala kuat..sampai mengganggu saya dan orang disebelah saya..adoi..xsilap saya masa dulu ada belajar, kalau solat jemaah tu, baca la dalam hati.jangan sampai mengganggu jemaah lain..bila tukar port lain, dekat plak dengan tingkap, bising dengan suara kanak-kanak lelaki dok menyusun pinggan mangkuk untuk moreh..pung pang, pung pang..susun dengan tangan ke susun dengan mulut dik oii..

macam-macam dugaan..cuma semalam rasanya hati tenang sikit.xberapa nak ada gangguan..Alhamdulillah..tadi search2 dalam internet. mencari tips2 untuk kusyuk dalam solat.almaklumla, xsemestinya faktor persekitaran, faktor diri sendiri pom ade..masa solat la dok pikir itu, dok pikir ini..masa solat la baru teringat ada lauk atas dapur, baru teringat x bagi makan anak-anak kucing & macam2 lagi..

tips kusyuk dalam solat:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
bukak makanan je nak kena pikir halal haram, sumber duit tu pikir2kan juga

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
mati itu pasti

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.


4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.


9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
murah je uit.pilih yang mana berpatutan coraknye

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
terrible betol kalo pakai baju ni p semayang


dah habis baca?nampaknya saya xboleh salahkan persekitaran semata-mata..renung-renungkan dan selamat beramal.