ohoo..baru perasan entry ni dah ada dalam draft si ku edit sikit-sikit je la..
nampaknya saya akan mengikut suami ke luar negara..beliau dah dapat tawaran untuk further study di University of Edinburgh, UK..maka ku akan mengekor beliau dan bercuti dari tugasan selama 3 tahun..tiada pilihan lain melainkan berCuti Tanpa Gaji (CTG)
maybe ramai yang tak tau CTG ni boleh dipohon oleh mana-mana kakitangan yang :
1. telah berkhidmat SEKURANG-KURANGNYA 6 BULAN dalam perkhidmatan
2. berkhidmat secara TETAP
masa saya mohon ni pun saya belum sah dalam perkhidmatan, baru je berkhidmat 2 tahun 4 bulan..risau juga permohonan tak diluluskan tambah-tambah lagi sebab saya masih ada bond dengan kementerian.boleh kata setiap hari tanya admin perkembangan permohonan tu..T__T
alhamdulillah, setelah 2 bulan hantar borang akhirnya diluluskan oleh Ketua Pengarah..
and syukur sangat pada minggu terakhir sebelum saya mula bercuti,saya dah dapat surat sah dalam perkhidmatan.
3 years ago