bila dah tiba 10 malam terakhir ni, semua akan berebut mengejar malam
“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a.
Cerita Lailatulqadar...
APA TU???
Lailatul Qadar adalah satu malam yang mana AlQuran diturunkan..sepertimana firman Allah SWT maksudnye:
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Bayangkan la..malam tu je umpama kita beribadat macam seribu bulan..1000bulan/12bulan=83.333 tahun..umur kita pun belum tentu sampai 83 tahun hidup..
BILA?BILA TU???
dikatakan malam Lailatulqadar akan berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan iaitu pada malam ganjil..malam 21,23,25,27 or 29..petua Imam AlGhazali & para ulama' menyatakan sekiranaya permulaan puasa jatuh pada hari:
- Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
- Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
- Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
- Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
- Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.
Wallahualam..untuk kepastian.lebih baik kita sama-sama meningkatkan ibadat setiap hari terutama bila dah hari2 terakhir Ramadan ni..mana tau rezeki kita tahun ni bertemu malam Lailatulqadar..:)
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antaranya:
- malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa,tidak dingin dan tidak panas
- esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa(warna pucat)
- Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.
APA KELEBIHANNYA??
- malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan
- Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala
- Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a. Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.(istimewanya kita sebagai umat Nabi Muhammad kan??)
- Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul-Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bernafaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menrima dan memakbulkannya. Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu:- 1. Orang yang kekal minum arak.2. Orang yang derhaka kepada ibubapanya.3. Orang yang memutuskan silaturahim.4. Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perbualan nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin mendekatiMu?”
· Allah: “Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin RahmatMu?”
· Allah: “Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat”
· Allah: “Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar“
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?”
· Allah: “Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?”
· Allah: “Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!”
SO??
Apa lagi yang difikirkan??jom kita sama-sama memeriahkan 10 hari terakhir ramadan dengan beribadah kepada Allah dengan ikhlas..InsyaAllah, kita akan dipertemukan & memperoleh keberkatan malam Lailatulqadar..amin....
No comments:
Post a Comment