oh oh.xperasan plak dah macam sesi tazkirah kat atas ni..
hmm..sebenarnye nak mengeluh pun ada, nak mengadu tiada siapa sudi mendengar..ceh.ayat sedih..biasa lepas semayang maghrib, saya
macam-macam dugaan..cuma semalam rasanya hati tenang sikit.xberapa nak ada gangguan..Alhamdulillah..tadi search2 dalam internet. mencari tips2 untuk kusyuk dalam solat.almaklumla, xsemestinya faktor persekitaran, faktor diri sendiri pom ade..masa solat la dok pikir itu, dok pikir ini..masa solat la baru teringat ada lauk atas dapur, baru teringat x bagi makan anak-anak kucing & macam2 lagi..
tips kusyuk dalam solat:
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
bukak makanan je nak kena pikir halal haram, sumber duit tu pikir2kan juga |
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
mati itu pasti |
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
murah je uit.pilih yang mana berpatutan coraknye |
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
terrible betol kalo pakai baju ni p semayang |
dah habis baca?nampaknya saya xboleh salahkan persekitaran semata-mata..renung-renungkan dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment