BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

we are in love..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

truly in love?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 21, 2010

gambar seksi menggoda

eceh.tajuk xleh blah.pdhl seperti dijanjikan, nak upload pic p petrosains kan..terimalah:
















dengan kuasa bulan, akan menghukummu



sekian.kah2.sudahla pic kecik.1 plak tu.jahat kan..dah upload dlm fb.kalau nak wat lawatan bergambar, sile ke sini: http://www.facebook.com/#!/album.php?aid=2101200&id=1221954573

*hati berbunga2 riang sejak semalam..hehee:)

Sunday, October 17, 2010

petrosains klcc,camera dan dot dot dot

blog ni dah ibarat mcm blog lawatan sambil belajar lak kan.hehe.
hari ni saya puasa woo..puasa ganti gantian & puasa untuk poket yang hampir kosong.oh.

petrosains:menarik, tertarik kau memang da bomb.ekeke. ditambah dengan penyambut tetamu yang sangat comel(haha, kawanku si illie farhana la), memang memukau betul petrosains tersebut berbanding akuaria.kalau dinisbahkan dengan peratusan pemukauan hasilnya adalah

                                       akuaria : petrosains (%)
keMENARIKan                     30 : 70
keMAHALan                         70 : 30
MUTU gambar                       20 : 80
keSERONOKANan            100 : 100      

bias x?keseronokan dua2 nak letak 100..kenapa??sebab memang saya seronok kalau bab berjalan2.itu memang saya suka.hehe.

gambar akan diupload kemudian.kali ini memang gambar boleh dikatakan bermutu berbanding dengan akuaria. xde la setanding DSLR Nikon d5000 yang bakal dibeli oleh incik ikhwan tu(xkira, mahu pinjam juga,mahu,mahu), kerana saya hanya menggunakan camera samsung ES55 yang biasa2 tu.sob sob..T_T

*incik,boleh x nak jugak DSLR,wat hantaran ?
request ini sudah pasti ibarat masuk telinga kiri, keluar ikut telinga kanan.hanya sekilas & tidak akn dilayan.T__T

mencuba burger mcD baru.black pepper spicy chicken mcdeluxe(hscmd).xde la sedap pun.erm.keras je tepung dia.xbes kalau dibandingkan dengan kesedapan gsb.mahukan peratusannya?

                              gsb: hscmd
keSEDAPan            99:1
keBESan                 99:1

membuat pemerhatian awal ke atas cincin.poyo ah kau.lambat lagi tp dah tengok2 ape kehal yop.ntah.walaupun pasti akan dibeli laaambaaat lagi.masih tiada sijil yang sah untuk berkahwin malahan ilmu memasak masih negatif lagi.oh oh.yang paling menjadi batu penghalang adalah..kerja saya.cepatlah confirm supaya saya dapat buat perkara lain seperti berpindah.bernaik gaji.berkursus wajib biro tatanegara,dan induksi.selepas selesai semua itu, baru boleh fikir masa depan lain.hum..

pemerhatian awal ke atas penempatan baru, boleh dikatakan memberansangkan.walaupun kalau ikut plan, perlu berulang pergi & balik>80 minit.wow.erm.xpe la.yang tu pun xperlu fikir lagi cuma otak saya memang pemurah dengan idea awal tentang isu itu.untuk pengetahuan:bab2 yang tu memang laju, kalau idea bab design..slooowwww macam siput.dah tengok macam2 design pun kadang2 xlayan jugak.nak sketch idea?haram...ape kehalnye yop.

ok la.gambar nanti next entry la masukkan.kan kabel xkejumpaan hari tu.hehe.sedang tunggu kabel jatuh ke riba.

bye2 adios

Thursday, October 7, 2010

berjumpa bakal mentua

sebelum tu kompius jap..mentua atau mertua atau mengtua?yang pasti saya belum mengtuakan diri.
ini cerita benar.bukan tajuk main2 mengenakan orang seperti tajuk entry sebelum ini.(igt x entry menuju alam perkahwinan).haha

ini memang cerita saya.pada syawal baru2 ini, saya memergikan diri ke rumah bakal..oh..bakal ke..gile perasan. (masa tulis ini penulis sedang blushig shing shing) mentua saya.ok.sebenarnya sangat segan dan malu (pemalu kan haku) tapi buat2 cool fever je la pada hari kejadian.meminum air dengan ayu dan memakan dengan anggun.haha.malu ok.malu..sekarang pun saya malu nak cerita.

result dia lulus 110% kan incik ikhwan??sungguh cemerlang gemilang & terbilang result memandangkan ibu bapa anda tidak tahu saya tidah tahu lansung mahir  memasak.haha.such a perfect good future daughter-in-law.sedangkan anaknya kata xpe, apatah lagi ibu bapanya,lagilah xpe.kot.(pepatah baru dicipta oleh saya tapi kenapa ada kot?)

itu sahajalah kali ni ye.xdapat mengulas lanjut.(penulis berase malu2 kucing comel teramat sehingga tidak dapat bercerita lagi,sekian)

saya si pemalu

Tuesday, October 5, 2010

fish-fishin-fishing at akuaria klcc

sempena hari cuti pada ahad yang lepas, saya telah memergikan diri ke akuaria bertempat di KLCC..tarikhnya 3/10/2010, bersama2 dengan mr ikhwan..bagi yang berminat, ini adalah bayaran masuknya:
untuk maklumat lanjut anda boleh layari: http://www.klaquaria.com/

gambar memang xberapa nak cun sebab guna phone camera je.camera ada tapi den pun xpaham kenapa nak tinggalkan camera kat umah.ish2.nyanyuk betul la beliau.hehe.jgn salahkan den, camera den bateri xde, kabel hilang xtaw letak mana.ops.itu tanda2 nyanyuk jugak kah??tidakkkk!!!

 ok.gambar xcantik tapi seronoknya adalah cantik.sangat cantik.paham x maksudnye? cukup la kalau saya katakan ianya adalah pengembaraan lawatan yang penuh liku2 & cabaran getir keseronokan.hehe.

p/s : jika datang jangan lupa membawa camera bermegapixel yang besar supaya anda tidak terkilan di kemudian hari-sekian-

Monday, September 27, 2010

menuju alam perkahwinan

tahniah saya ucapkan kepada sahabat saya sejak zaman tadika, bersama2 menjadi pom2 gurl, puan Syazwani Safrra yang menamatkan zaman singlenya, 25/9 baru2 ini..

saya bergerak ke sana pagi2 lagi, bersama rakan2 SMKAP, Cik Illie, Cik Hasfa dan Cik Paie serta pemandu yang diimport khas dari bangladesh Batu Caves, Incik Ikhwan dengan menaiki WUC ku..hoho..

perjalanan yang penat kerana tidak boleh tidur, rakan2 yang bertiga tu keje asik kroih3 je,adoiyai..kalau saya pom kroih2, abis la pemandu pom kroih2..maka saya pun bertahan sahaja.demi keselamatan kami.hehe.

perjalanan WUC sudah menjangkau 6000km:
Rawang-Batu Caves-kL (The Mall,KLIUC)-kuantan-pekan-muadzam-kL(UKM,UM)-Batu Caves-Rawang-Batu Caves

ready duit, kereta kau dah nak diservis..

saya doakan semoga Saffra berbahagia sehingga akhir hayat.

reunion1
sapp yang mantop

Tuesday, September 21, 2010

pareed menangis?


ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya


ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
akulah hati yang telah kau sakiti

~lagu ini tiada kaitan dengan penulis blog, yang berkaitan hanya perkataan berwarna *~

sedih betul semalam bile kena marah..sampai menangis kau punyalah sensitif gila, padahal memang salah kau pun kan..kan..admit it lah cik pareed oii..

Tuesday, September 14, 2010

raya mengingatkan saya kepada dia

first entry for this month..of coz la cte sal raya kan..hari ni dah raya ke 6..mula tengahari nanti nak beraya di rumah rakan-rakan sekitar muazam ni..stok baju raya dah xde jadi mungkin akan ulang pakai atau pakai saja baju tahun lepas.hehe

raya..raya..raya..seronok ke raya korang kawan2??mesti masih lagi best gitu..bagi saya, honestly, raya saya xde la seronok sangat pom.biasa2 macam hari biasa2 je.mungkin seronok kerana dapat cuti + makan macam2+bersama family.itu sahaja.the rest..erm..sangat biasa.betullah orang cakap, raya ni untuk budak-budak je.

rutin biasa setiap kali raya menjelma..malam tu of coz la kena tolong mak saya masak (saya seorang yang sangat tidak minat memasak).

syawal 1:pagi2 pegi semayang raya, balik makan, salam ngan family yg berterabur.xde beratur2 kepoyo2an macam dalam tv tu..biasa abah takde 1st raya sebab de sorang je balik kg.kami2 ni raya ke 2 baru blik kg.then, tgk tv..kalau jiran2 ada, g la beraya.biasanya 2 rumah wajib la g beraya .then balik.tgk tv lagi."makan.tgk tv.makan.tgk tv.makan"(ulang frasa " tersebut sehingga muntah ok).

syawal 2:pagi2 gerak blik kg(batu 6,panching,kuantan), g melawat kubur arwah abang saya..dulu2 raya saya memang best lagi2 masa arwah ada, sebab saya memang 24 hr ikut bontot dia, sampai penah kena marah ngan abah sebab naik moto merayau ngan dia(masa tu nak blik terengganu, tapi kami telah menghilangkan diri beraya).hehe.masa tu kecik2 lagi.n saya masa tu masih anak bongsu.hehe.jadi pembonceng setia.kalau bleh, p toilet pom saya nak follow gak..saya rasa sejak abg saya dah pergi, memang raya saya dah x seseronok dulu.kadang2 saya sedih lagi2 bila pergi melawat kubur arwah.selalu cover2 nak nangis sebab kalau saya nangis takut mak saya pun join saya sekali..dah 9 tahun arwah abang takde tapi saya tetap igt kenangan masa arwah ada..semoga abang saya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..amin..
 ~al-fatihah~

faizal-fazila-farida

selepas balik dari kubur, baru balik rumah nenek, makan2, mintak maaf ngan abah sume..then baru lah g umah sedara mara.1st,umah makcik saya wajib makan lemang, then umah2 lain(itu ikut mood mak saya nak g ke tak)..saya follow mak saya je.xde lah baik sangat even dgn cousin2 pun sbb masing2 dah besar.dulu masa kecik2 je main sama2.sekarang dah duduk muazam, balik pun jarang.diorang pun dah beranak pinak.family kami je yg masih berkeluarga asas.cume tambah abang ipar sorang je.dah habis beraya, balik muazam.

syawal 3:makan.tgk tv.makan.tgk tv.online.beraya rumah rakan-rakan muazam.layan kawan2 yang datang.borak sakan sampai malam.hehe.sementara masih belum berumah & tangga, bolehla melepak dengan rakan2 sampai lewat malam.hehe.masa ni la nak korek rahsia, dengar luahan perasaan.biasanya saya menadah telinga je.

begitulah rutin setiap tahun semasa raya.jadi tahun depan,xperlulah saya letak entry raya lagi sebab anda boleh refer cerita ini sahaja.hehe.kecualilah jika saya sudah berkahwin, mungkin ade perbezaan jalan cerita di situ.