BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

we are in love..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

truly in love?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 6, 2011

checlist majlis pertunanganku siri 2 versi BUDGET PERSIAPAN

seperti yang diwar-warkan sebelum ni, rakan2 ada bertanya tentang budget untuk pertunangan.saya xde la nak ulas lebih2 sebab bertunang pon baru hanya sekali..hihi..
lets CEKIDOT:

1. bridal boutique
ini adalah benda first yang saya buat, mensurvey bridal dan mengebook..saya survey pakai internet je, lebih mudah dan menjolok membuka mata..mula-mula memang berniat nak beli baju bertunang sendiri, kaftan yang cantik-cantik, tapi bila dah buat survey selama beberapa minggu, saya decide untuk sewa baju bertunang..kosnya lebih murah sebab kebanyakan bridal sediakan pakej lengkap dengan harga yang berpatutan.kalau ambil pakej asing-asing, harga lagi mahal terutama bila ditambah dengan kos membeli baju pertunangan sendiri..bila fikir2 semula, kalau pun saya beli baju bertunang, macam la lain kali nak pakai..silap2 semua terperuk dalam almari je (sama la mcm baju tunang kakak saya)..hihi..setelah berfikir & berbincang dengan mereka yang berkenaan, maka saya memilih pakej lengkap dari Carlbella Bridal & Photography merangkumi:

baju bertunang + aksesori

make-up
mini pelamin(kaki abg ipor den menyebok)
total semua RM600..itu hanya untuk tempat2 tertentu saja.kalau duduk area kL ke, Shah Alam ke, maybe xdapat harga tu..

*tips berjimat:
i) kalau ada rakan2/sedara/jiran yang pandai make-up, mintak tolong mereka.make-up simple2 je pun ok..or kalau pandai make-up sendiri pun, boleh cuba conteng make-up di muka sendiri..(jangan jadi opera cina dah la)
ii)baju boleh beli sendiri, kalau yang simple2 tu, below rm100 dah dapat kat butik 1st Lady.nak cantik lagi, tambahkan manik/labuci sendiri.sama juga dengan tudung..
iii)pinjam baju tunang atau nikah adik/kakak/saudara mara/jiran tapi pastikan saiz adalah sama dengan badan anda
iv)mini pelamin--> xperlu ada pun takpe.macam saya, mak saya request untuk ada pelamin n pelamin yang cantik tu, beliau sendiri yang pilih..:)kalau siapa2 yang kreatif & inovatif & RAJIN, boleh buat sendiri je mini pelamin.tengok contoh2 pelamin yang ada, & cuba sesuaikan dengan barang-barang dalam stor rumah anda..kalau nak beli sendiri pun ada, cuma pastikan, jangan melebihi bajet.kata nak berjimat kan......
*kalau betul2 ikut tips ni, insyaAllah, kos bridal akan kurang sampai RM100..wow!!

2. barang hantaran
hoho.yang ni boleh jadi GILAK.macam situasi saya, hantaran semakin bertambah dari minggu ke minggu, mengikut request pihak lelaki..jadi sebagai pihak perempuan yang AYU lagi SOPAN, adalah tidak elok saya menolak permintaan baik mereka..at the end, hantaran dari pihak lelaki 11 dan berbalas 13 dari pihak saya..
ini adalah list barang hantaran pihak lelaki kepada saya..(gambar dari photogrpher xdapat lagi!)
1-Sireh Junjung
2-Duit Tanda
3-Cincin Tunang
4-Baju Persalinan Nikah
5-Telekung + Sejadah
6-Kasut
7-Set Pencuci Muka
8-Tuala
9-Kek 
10-Coklat
11-Buah

cincin risik & nikah, saya sendiri yang pilih.
untuk cincin ni, budget dua-dua cincin dalam 1200+..sekarang emas mahal..sapa-sapa yang nak kawin 5 taun lagi pun, belilah sekarang emasnya, mana tau nanti lagi mahal..ha..dah lah tu, bila pilih2 je, mesti cincin size jari saya takde..maka grab je mana yang cantik di mata, padan di jari..
kek indulgencee->chclate moist->sponge
aduhaii..ini mau mengeluh pun tak guna sebab semua dah ada dalam perut.haha.mengikut janji-janji manis tunang saya tu, dia nak bagi choclate indulgence.lepas tu tukar nak bagi chocolate moist.lepas tu, tup-tup bukak kotak kek tengok kek vanila..haha..redha je sebab katanya mak sedara yang sponsor kek..(tapi tetap saya nak claim chocolate indulgence)

baju untuk nikah
episod baju ni saya dah update dulu, shopping-bersama-bakal-mentua ..dipilih bersama mak tunang saya.warna pearl and berkilat bagai..saya berniat nak buat jubah nanti untuk hari nikah..hihi..
*kena rajin survey untuk dapat harga yang murah..and beli masa harga promosi..kalau beli sepasang lelaki & perempuan, maka lagi-lagi-lagi murah..

hantaran yang telah ditukar
 bajet kos untuk barang-barang untuk bagi pihak perempuan..erm..dalam RM500+ (tak termasuk cincin & duit tanda)..lain-lain barang macam kasut tu, belilah masa sale..insyaAllah, kasut beratus-ratus ringgit akan jadi berpuluh2..pencuci muka main taram je amek Loreal Paris, sebab saya selama ni memang xpakai pencuci pun..kira lepas ni boleh try Loreal la..mana tau muka bertukar jadi Lisa Surihani ke..haha..lain-lain barang tu ada yang disponsor, maka xtermasuk la dalam budget..rasa-rasanya, kalau hantaran 3 berbalas 5, rm1000 dah cukup kot.yang penting, ikut kepuasan kemampuan..

*tips berjimat 
1-bertunang la sebaik saja selesai majlis kawin kakak/abang/sedara/jiran anda.maka anda boleh share barang-barang hantaran dorang..(untuk mereka yang melampau punya kedekut!)

okek..untuk list yang ketiga & seterusnya, saya akan post entry yang lain kerana kekangan masa.saya perlu cepat bersolat Zohor & menyiapkan Rekod Fail Pensyarah untuk Sesi Julai 2011 ni..Isnin ni kelas dah stat..adiosss

No comments:

Post a Comment