BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

we are in love..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

truly in love?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, August 22, 2010

sedikit pesanan untuk dikongsi

hai readers..saya ada sedikit perkongsian info (fwd msg sebnarnya), lagi2 kepada mereka yang bergelar perempuan, wanita, gegirl..kecik atau besar, tua atau muda.single atau kapel atau triple..xkisah..semuanya boleh baca dan sama-sama kita renung-renungkan ya..

anda-anda semua mesti ade fb, friendster,twitter,tagged etc2 kan..sebenar-sebenarnya, terdapat perkara-perkara yang kite sering buat tapi kita tak sedar perbuatan tu boleh jatuh hukumnya kepada haram dan berganda-ganda haramnya:

1. Terlebih gambar
cuba bukak fb/myspace/twitter/tagged/friendster atau apa saja medium perhubungan maya yang kita ada..banyak x pic yang di upload?? ofcoz byk kan?lagi2 kalu pic kita tu semacam fotogenik sahaja..lagi banyak haku letak..ade pic jarak dekat nmpak sampai pinggang, ada yang dekat gila sampai nampak bulu idung serta yang jauh2 yang nampak 1 body..xkira la..ramai2 ke, sorang-sorang ke..cbe tgk betul2, adekah kita tutup aurat dengan sempurna??tepuk dada, tanya hati..mungkin pic kita tu bagi kita, alah, biasa2 saja,tapi bagi orang lain??fikir2kan..kalau ada orang puji2, mungkin selepas itu kita perlu berhati2..ustazah saya penah cakap " pujian tu macam baling pasir kat muka kita, bayangkan lah kalau org kerap kali puji kita??berapa banyak la pasir yaang dibaling, tapi kita masih senyum2 kambing.."

2. Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat. 
 yang ni mungkin lagi susah kita nak sedar..yelah..niat kita baik, suci dan murni..nak upload pic lama2, pic kawan2 dengan pelbagai aksi mendebarkan(ceh poyo)..saya pun baru tahu yang kita perlu minta izin empunya diri untuk tag pic mereka..mungkin mereka tak suka, mungkin mereka tidak mahu mencapapkan pic mereka..lagi2 kalau pic zaman lampau, anda dengan tocang 2, gigi hitam(eh, ini watak siapa ye) , kawan anda dengan tocang 3, gigi rongak..haha..memang mengimbau, nostalgik..tapi ingat..bgaimana keadaan kita dalam pic tu??mungkin pic kita sempurna tapi pic kawan kita??1 lagi, pic candid huha huha..yang itu paling perlu diberi perhatian..nama pun pic ramai2, candid pulak tu..jangan kita tambahkan dosa rakan kita dan gandakan dosa kita mengexpose pic2 yang xsepatutnya..tanya dulu empunya diri..

3. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
ok..isi no 3 ini adalah rentetan dari perkara no 2.da syok2 upload pic zaman japang dulu kan.tbe2 tengok.."eh, eh..bapak alim aku dulu.muke innocent gila la.ini muka zaman keinsafan ni"..ade tak terdetik dalam hati kita mcm tu??jika terdetik sahaja xpe.ia jadi salah bila kite TERpost pulak komen sebegitu rupa.niat hati nak bergelak ketawa dengan rakan-rakan lama.tapi sedar tak sedar, kita dah pun mengaibkan diri kita.seolah-olah nak announce 2 the whole world "aku kini sudah tidaksebaik dulu"..sepatutnya kita lagi insaf bila tengok pic innocent dulu2, tapi....

4.mendedahkan keaiban suami/isteri/rakan
ha..yang di atas tadi kita dah aibkan diri sendiri di paras separa sedar kan..yang ini pun lebih kurang la..perlu dihitelitekan kepada mereka yang sudah bergelar isteri, suami, bakal2 isteri dan bakal2 suami..selalu sangat la kita luahkan perasaan xpuas hati, marah, frust dekat status kita.ok.memang status kau adalah hak kau.tapi berhati-hatilah.tanpa kita sedar, status kita(yang dah dikomen berpuluh2 org) mengaibkan org yang kita sayang.menjadikan mereka serba salah.menjadikan mereka malu.menjadikan mereka TERPAKSA berbuat mengikut kata kita.maka.ghentikan lah..kerana tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. kita perlu tahu yang sebenarnya kita tidak boleh sewenang2nya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan kita secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya walaupun sekadar nak melepaskan ketensenan di hati.please dont..kalau nak crite juga, mamadailah kita kongsi dengan orang yang dipercayai.orang ye.bukan orang-orang(maksudnya bukan kongsi berjemaah la)

kesimpulan
ini adalah antara perkara-perkara yang kita sering buat.tetapi kita tak sedar..kenapa saya cakap tak sedar??sebab saya pun begitu, dan saya yakin ramai lagi yang seperti saya..apa yang kita buat tu, mungkin tak memberi kebaikan kepada kita malahan boleh menjerumuskan rakan-rakan kita sekali. berkali ganda pula keburukannya kan??takut je bile taw.jadi apa lagi.mari bukak account masing2, renung2kan apa yang patut.

No comments:

Post a Comment