BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

we are in love..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

truly in love?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 30, 2012

dugaan demi dugaan

Ya Allah..beratnya dugaan yang kau berikan pada dia, kepada keluarga kami..tabahkan la hati & dirinya demi kehidupan anak kecil tersebut..

saya tidak mampu menolong apa-apa.hanya mampu sumbangkan tenaga yang sekecil cuma.luarannya dia tersenyum tapi saya tahu, pedih di dalam hati xmungkin hilang. hati yang pecah berderai, walaupun dicantum, tetap ada kesannya.kenapa manusia bijak terlalu taksub dengan kebijakkannya, sehingga merasakan semua yang dilakukan adalah betul.apa salahnya jika difikirkan nasib anak kecil itu seketika.saya sedih setiap kali menatap wajah anak kecil itu.tidak ada kasihkan pada anak kecil tersebut?

hmm.hanya mampu berdoa.mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.

Thursday, January 5, 2012

kisah nur amalina

salam tahun baru 2012..belum terlambat untuk wish selamat tahun baru..syukur Alhamdulillah hingga saat ini, saya diberi peluang oleh Allah SWT untuk bernafas dan mengejar keredhaanNya di dunia ini..

pagi-pagi tadi, agak awal ke kolej, sempat menatap facebook..tertarik dengan 1 video yang dipost oleh sahabat saya,...lihat sini

nama macam pernah biasa didengar..oh..rupa-rupanya pelajar cemerlang Malaysia..sekarang dah further study di luar negara..sangat berubah..mmm...saya bukan juri untuk komen tentang perubahan beliau..cuma saya terkenangkan sesuatu..

remaja memang selalu tersilap buat perhitungan..mungkin akal masih dikuasai oleh kehendak hati..tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu..terlalu mengikut perasaan..terlalu mengikut kawan..terlalu mengikut pengaruh luar..walau apa pun alasannya..saya pasti..satu hari nanti, kita akan MENYESAL..menyesal semenyesal2ya..seperti saya..saya pernah menyesal atas kesilapan saya yang dulu..masa tak boleh diulang..kesilapan tidak mampu dibetulkan lagi..

dasar manusia...tidak dapat lari dari melakukan kesilapan..

cuma saya bersyukur..Allah masih memberi ruang kepada saya, untuk membetulkan kesilapan saya..walaupun saya tau ia mungkin terlambat..

menangis pun dah xguna nanti-kata Khaila Faqiha

semoga sesiapa yang membaca post ini, fikirlah setiap perlakuan kita..hitungkan dengan akal, adakah ia benar atau salah..jangan sampai kita menyesal, dan bila kita berpaling semula, sudah tiada ruang kepada kita untuk membetulkan keadaan...

Tuesday, December 27, 2011

hidup tak selalunya indah

manusia cepat berubah.di hadapan kita, lain perilakunya, namun tersimpan pelbagai rasa di dalam..ya, tak salah meluahkannya, asal jangan menghina orang lain yang tidak berdosa.


jangan cuba mencari musuh






Thursday, December 1, 2011

DILEMA..antara CINTA dan CITA-CITA

hidup ni penuh dengan dilema..terlalu banyak pilihan, mungkin tak menjadi masalah..kalau terlalu banyak pilihan yang TAK PASTI, itu adalah masalah besar..
 

my beloved fiancee nak sambung study nun jauh di sana..PJJ?mungkin xde masalah bagi kami sebab sebelum ni pun memang dah jauh, cuma taklah sejauh yang akan datang tu..sambung study bermakna kena quit kerja sekarang yang dah stabil..oh..frustnye...baru nak mengonon kawin ngan engineer..nampak sangat niat tak baik..just kidding..

the real probleemoo skrg adalah..biasiswa masih terumbang ambing..memang banyak iklan biasiswa yang dah dibaca, tapi prosedur semuanya memakan masa.sedangkan beliau dah decide untuk register in Feb 2012..maybe mampu nak tanggung sendiri pengajian untuk jangka masa pendek, tapi kalau tiba-tiba tiada rezeki kami beliau, ohh....nak tanggung sendiri selama 3-4 tahun??tambah lagi bulan Jun 2012 nanti nak buat kenduri..lagilah runsing..interview biasiswa/result biasiswa, semuanya masih samar-samar..sering terlintas di akal fikiran saya untuk menangguhkan saja perancangan bulan Jun nanti.mungkin itu lebih meringankan beban beliau kami..hati selalu mendesak untuk memilih antara CINTA atau CITA-CITA, terasa seperti tak mampu pilih kedua-duanya...ahhh..kusutnye fikiran...

Ya Allah, bantulah kami...

buat masa sekarang, hanya mampu berDUIT=berDoa, berUsaha, berIkhtiar dan berTawakal..semoga Allah sentiasa membantu kami..Positifkan lah fikiranku yang sering bercelaru ni..

Amin..

Tuesday, November 15, 2011

resepi daging dendeng sedap

abaikan background belakang mangkuk
daging dendeng pareed

ehem..memandangkan cik pareed sekarang telah mula memupuk semangat memasak insaf sebab xlama nak jadi bini orang dah T__T, maka dengan ini akan mempersembahkan lauk kesukaan saya yang jarang nak jumpa kat kedai-kedai makan di sekitar lembah kelang sabak bernam.lauk ni masa kecik-kecik mak saya suka beli kat pasar malam, ada sorang makcik tu jual.Kak Non nama dia.tapi sekarang mak dah tak beli lauk kat dia sebab xberapa nak bersih sgt..hihi.

resepi senang tapi leceh sket nak membuatnya..bagi yang suka lauk kering-kering macam saya, boleh try ye..

daging dendeng


BAHAN-BAHAN
daging yang telah direbus (agak-agak dalam 1 mangkuk kecik)
bawang besar separuh (dihiris)
bawang besar separuh (dikisar/ditumbuk halussss)
lada besar 5/6 batang (ditumbuk kasar-kasar)
minyak
garam/gula/ajinamoto secukup rasa

CARA
1. hiriskan daging yang telah direbus tu senipis-nipisnya, kemudian diketuk dengan lesung sampai penyek(tapi jangan sampai lerai dagingnya)
2. goreng daging sehingga garing keperang2an(tapi kalau saya suke garing sampai nak hitam-hitam dah, hehe)
3.ketepikan daging dan mula buat sambal dendengnya pulak
4.tumiskan bawang kisar sehingga naik bau. then masukkan bawang hiris n lada besar yang dah ditumbuk tadi.tumis hingga naik minyak
5.masukkan gula, garam n ajinamoto (nak masam-masam sket masuk cuka)
6. masukkan daging yang dah digoreng, biar seketika di atas api.
7.angkat dan sedia dihidangkan

kenikmatan daging dendeng yang sebenar dapat dirasai apabila mengunyah dagingnye yang garing-garing crispy tu..pedas-pedas sket, masam-masam sket..bukan saja sesuai untuk dibuat lauk, tapi sesuai juga dibuat snek sambil menonton cerekarama.

selamat mencoba..

Wednesday, November 2, 2011

hidup tanpa si dia

katakan..
bagaimana caraku hidup tanpamu..
jika engkau pergi meninggalkanku..
bagaimana bisa aku bertahan tanpamu..
aku perlu kamu dalam pelukanku..
aku perlu tanganmu untuk selalu menggegamku..
aku perlu matamu untuk setiap semangatku..
aku perlu tawamu untuk setiap detik keresahanku..

katakan padakau..
bagaimana jika aku harus hidup tanpamu…
aku tak akan pernah tau bagaimana caraku bernafas..
aku tak akan pernah tau bagaimana caraku untuk bertahan..
katakan sayang..
bagaimana caraku jika harus hidup tanpamu..

katakan padaku..
bagaimana harus aku hidup tanpamu..
bagaimana harus aku meniti titian ke sungai besar itu....

aku sunyi tanpamu....








































oh............WUCku........

Thursday, October 13, 2011

im sorry dear...

gambar hiasan
semalam sangat down..sangat tidak bersemangat..fikiran bercelaru..macam-macam perkara yang difikirkan..T__T..pergi kelas macam xde feel, buat kerja-kerja exam tanpa perasaan*macam sama je maksudnye..semua gara-gara cik abang merajuk..

merajuk..saya xtau pun dia merajuk or marah dengan saya..cis..seharian tak reply mesej, call pun tara angkat..sebagai perempuan yang berjiwa negatif concern, macam-macam yang saya fikir..handphone dia tercicir?dia sakit?dia ditimpa...?bla..bla...sampai menjadikan saya tak senang duduk.risau gila la..nak call rumah dia(sejak bila aku ada no phone rumah dia?)..nak call adik dia(kalau xde pape nnt malu la plak)..nak tny mak dia(segan la makcik mak)..last-last menahan rasa je la..

dah lewat petang baru dia reply & cakap..'i xde pape.luv u'..erk..WTheaven..camtu je..dalam hati saya..'i dah risaukan u separuh mati & u ckp u xde pape..ini betul2 menimbulkan kemarahan'..

lakonan semula
bila difikir-fikirkan..hmm..maybe saya yang salah kot..n truly im sorry dear..memang saya jenis yang degil xmendengar kata.apatah lagi suka bercakap tanpa berfikir dulu..kesian dia..selalu bersabar dengan saya & mungkin kali ni dia dah xboleh bersabar lagii..T__T

kalau bertunang memang banyak dugaannya*now i admit it..